Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Wednesday, 10 October 2012

Perkembangan Amir @ 1 tahun 9 bulan

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiup habuk sikit..

Wah ummi ni update sebulan sekali nampak.. Harap2 datang momentum bagi kerap sikit update.

Jom kita terus ke perkembangan amir:-

- Tantrum amir makin jelas. Amir suka pukul ummi, kadang2 dengan alat2 yang berbahaya tau, seperti sudip, senduk dsb. Kalau nampak tangan dia angkat, ummi lari dulu, aci? hehe..

- Amir dah makin pandai bercakap. Kadang2 ajar dia sepatah2 seperti, "ummi...amir...nak..nenen..." dan dia akan ikut.

- Bila amir dah makin nak bercakap ni, dia telah obses memanggil ummi dan ayah. Kadang2, "ummiyah" dia combine kan sekali, dan dia seronok bila ummi&ayah tengok/jawab panggilan dia. Kadang2, dia bangun tengah2 malam ajak ummi bersembang. Ayat dia adalah seperti berikut, (sila cuba yer) :-
"ummi ummi....(yer..)..apetapetuplia..." Yer, itulah antara bunyi sembang amir. Laju pulak tu. Siap dengan gaya tangan dan memek muka lagi. (apalah amir cuba cerita kat ummi wahai anak..)

- Vocab amir masih lagi sikit - Allah, Allahbar (allahuakbar), acik (nasi), mam (makan), akit (sakit), pu (lampu), moon, duk (duduk), dah, pi (tepi), ta/bai (babai), bird, fish, cat.. ini yang ummi ingatla.

- Kata ayah, amir ni kalau ayah marah, dia akan carik ummi dan ok. Tapi kalau ummi marah, ayah pujuk pun dia tak ok sampai ummi pujuk dia. hee..

- Alhamdulillah, kalau ikut ayah solat tu, dapatla 4 rakaat. Rukuk, sujud, takbir nampak ok, cuma tak reti qiam dan duduk tahiyat hee..

- Pandai wat scary face = mata hitam naik atas, dan muka comel = kejip2 mata, muncung, dsb..

- Bila ummiyah cakap, dia akan kata.."aa?"...."aa?"...."aa?"...."aa?"..haha..masuk kali ke lima, ayah kata "jentik nak?"...pandai pula amir jawab "nanak.." hehe...

Perkembangan Ummi (macam lari tajuk pula kan?)

- Masih banyak dibebani deadline-deadline. Tapi life goes on.
- Currently, in a happy mode. Ini akan diceritakan mungkin pada entry hujung tahun. (apakah?)
- Nak dekat dua tahun susukan amir hamzah ni, alhamdulillah dapat turunkan berat badan yang naik masa happy awal2 kahwin dulu hee...hasilnya, cincin tunang dan cincin kawen semua dah longgar.

Rasanya sekian dulu buat kali ini. Nanti lagi lama ummi fikir, lagi bertangguh2 entry.

Pendek kata, anak adalah antara nikmat terbesar dalam hidup. Lihat betapa seorang anak suci bersih hendak mengenal dunia, tidak tahu apa2...Besarnya kuasa Ilahi mencampakkan sebesar-besar rasa kasih sayang kepada jiwa ummi ayah..

Namun begitu, ada juga pasangan2 yang tinggi imannya, yang hebat kesabarannya diuji dengan belum lagi berpeluang merasai nikmat cahaya mata. Ummi kadang2 memanjatkan doa ke Ilahi, agar dikurniakan zuriat kepada mereka2 ini..tapi sesungguhnya, Allah jua yang Maha Mengetahui.


Jumpa lagi yer, insyaAllah..

1 comment:

along said...

comey la si amir nie.. tembam muka dia umur 3 bulan tu. suka tengok..^^