Bulan November menjengah sudah...
Banyak kejadian dalam kehidupan belum sempat dirakam di sini..Ummi harus lebih berusaha mencoret agar dan harap2nya menjadi memori-memori indah yang boleh dibaca kembali di hari tua jika dipanjangkan usia..
(yelah kalau diari tu, nak simpan tu, macam lebih kepada bersepah2 dan hilang saja hee..).
Amir dah hampir menjengah usia dua. Kenangan mengandung, melahirkan dan mengharungi waktu2 bayi amir masih segar terasa.
Amir dah boleh bercakap bahasa-bahasa simple,
"heyo...aa..fjdksajgirk(bahasa dia)"
"ummi..jom..pan (ummi jom p depan)"
"ummi..yak..ucuk (nak berak..sambil tangan di kibas-kibas depan hidung"
"ayah..gut (ayah ada janggut)..amir..abishh (janggut amir habis..)" hehe..
"nak sik..mam." (nak makan nasi..)
dan banyak juga pelat2 dia..dan pastinya yang paling popular adalah..
"ummi...nak nennnn"..hee...takley buat apa la bab ni...
Amir suka baca buku, main, tapi dia tak boleh buat sebarang aktiviti berkeseorangan. Mesti akan ditarik tangan ummi atau ayah..kadang-kadang kita suruh dia tengok tv (alhijrah) supaya boleh la buat apa2, tapi end up kita kene dok sebelah. Jadi ummi akan tarik la amir teman ummi kat dapur ka, basuh baju ka, sidai baju ka..mainlah apa2 yang ada di sekitar tu waktu tu.
Tantrum amir juga makin jelas. Jika tak dapat apa-apa, amir akan terus menjerit high pitch, dan menangis. Agak merisaukan ummi. Adakah sebab manja? Disebabkan ummi ayah (atau bak kata amir, ummiyah) hantar amir ke penjaga, maka masa yang ada sekejap waktu malam tu, memang bagi perhatian kat amir. Manjakah?
Dari segi permainan atau makanan setakat ini insyaAllah tak dimanjakan. Menangis amir tu, bila ummi tak turutkan dia nak pergi depan ke, atau bila tak turutkan buat apa yang dia nak.
Bila ummi letih dan perlu baring, masa itulah amir ajak ke depan ke apa, itulah masa yang agak mencabar hee..Ya, ummi akui ummi perlu lebihkan usaha untuk bersabar dan bersyukur, insyaAllah.
Pada ummi, as far as amir is learning, we are too..right?
Amir suka ikut ummiyah baca surah, doa, dsb. Alhamdulillah. Ummiyah kena lebihkan usaha mengajar amir kenal dan cinta alQuran insyaAllah..
Amir dah pandai simpan/kemas barang..masukkan baju kotor ke dalam bakul lepas mandi..
Dan..amir adalah rapat dengan ayah tau..mungkin sebab kerja ummi yang kadangkala lebih masa sebab deadline, amir banyak juga habiskan masa dengan ayah..Kalau ummi keluar rumah, lambai amir, selamba ja amir lambai balik siap kata "ta.." lagi..Tapi jangan ayah buat macam tu..Mencurah2 airmata menangis..hee..
Cabaran untuk ummi pula di garisan terakhir kembara penyusuan badan ini pula adalah, penurunan mendadak susu badan. Bukan calang-calang penangannya terhadap mental dan fizikal ummi.
Tapi ummi cuba tabahkan hati untuk dua bulan terakhir penyusuan amir, dan selebihnya terserah ketentuan Ilahi..
Sekian untuk kali ini, ummi akan ke udara lagi, jika masih dipanjangkan nyawa insyaAllah..
Ini gambar terbaru amir bersama fatih, sepupu amir belah ayah:-
'Baby' ummi ni nampak sangat besar bila digandingkan dengan fatih..
Sekian, wasalam...
No comments:
Post a Comment