Wah dah macam tajuk filem pula.
Kita sambung ya.
Khamis - 22/11/12
Disebabkan ummi hantar amir awal, maka ummi balik on time (dekat pukul 6 juga on time pun). Pening lagi nak bawak amir makan apa, pergi mana..huu...ummi sorang2 rasa macam tak larat sangat nak masak2..peti ais pun cam kosong ja..nak pergi market beli2 barang bawa amir sorang-sorang, uh, kena fikir banyak-banyak kali..
Nak tanya ayah pun, ayah pun tak berapa sihat sebab jadual dia yang padat. Jadi, ummi balik, amik amir naik kereta..dan jalan..menuju ke giant. (semalam dah jusco kan).
Parking, bawak amir masuk..jalan sampai hujung..betul2 ummi tak berselera dengan apa2 dekat giant tu..
Tengok fon, ummi try call kak yati.
"assalammualaikum kak, kak buat apa..kak, nak tumpang dinner umah akak aci tak?"
Hehe..boleh gitu? Tapi sebab kak yati ni memang best super, jadi dia memang no problem.
"Akak masak simple2 je, kicap, goreng sayur.."
Dalam ati, wah itulah yang rasa sangat-sangat kena dengan tekak ini.. hehe..
Jadi drive la si ummi ni ke rumah kak yati di puchong. Sepanjang 2-3 hari bawak amir naik kereta, nampak dia behave. So ummi ni tak la berfikir panjang bawak dia.
Rupa2nya behave amir tu, untuk jarak dekat2 je. Bila dah lama sikit, amir mula gelisah. Taknak pakai seatbelt, nak nenen (huh?) la, bangun la...
Wah ini sungguh mencabar untuk ummi yang kategori belum pro bawak kereta ni. Tapi alhamdulillah semuanya masih under control.
Sampai rumah kak yati, lepak2..makan dengan sungguh berselera (amir yer..hehe)..oklah, ummi pun sama.
Kak yati ajak tidur je rumah dia, tapi banyak rasanya faktor penghalang seperti tak bawa kelengkapan yang lengkap. hehe..
Balik rumah, alhamdulillah semua berjalan lancar, walaupun ada juga amir kena marah sebab tak duduk diam, maafkan ummi yer amir..
Jumaat - 23/11/12
Harini masa ummi pergi kerja dah sampai opis, baru ummi perasan yang roadtax ummi telah tamat tempoh pada 10 November 2012! Wah setelah puas berjalan sampai ke puchong nun, baru nak perasan.
Tapi itulah kan, kalau kita perasan ni, selalunya masa tulah nak kena dengan pihak berkuasa. Kalau betul2 tak sedar, seolah-olah Allah tu pelihara, sebab kita tak tahu kan..hehe..
Makanya ambil amir petang tu, (ummi balik lambat sikit), duduklah diam2 kita di dalam rumah.
Ummi masak bihun goreng sebab dah habis tak tahu nak makan apa. Itu pun terkeras sikit. Huu..maaf lagi yer amir hamzah..
Sabtu - 24/11/12
Start hari ini amir dah semakin kerap tanya ayah dia mana. Ummi kata, ayah work. Dan dia pun ulang, work. Lepas tu tanya lagi. lepas tu untuk mengelakkan dia tanya lagi, ummi pula cepat2 tanya dia, ayah mana? Dia jawab work. Pandai pun anak ummi ni.
Kami habiskan sehari itu, sementara tunggu malam, dengan aktiviti2 membaca buku, menonton tv, sidai baju kat luar, masuk balik rumah..main..ummi buat bubur sedap untuk amir. (sedap ke, kosong je..ada telur scramble je lauknya).
Malam bila ayah balik..alhamdulillah..happy amir dan umminya..Alhamdulillah..
Berakhirlah home alone kami selama lima
Gambar masa amir tengah bambam dengan anak-anak kecik kak yati..

No comments:
Post a Comment