Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Thursday, 22 November 2012

Home alone - Hari ke-3 & Isu Gaza

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiba-tiba tajuk home alone dah hari ke tiga kan..Takpe insyaAllah ummi ceritakan sekali hari pertama dan kedua..

Sebelum tu, jom kita sembang-sembang santai tentang isu gaza.

Bagaimana maruah gaza diceroboh tanpa rasa segan silu.

Bagaimana kehidupan-kehidupan insan dimusnahkan penuh kezaliman.

Kita semua sedia maklum hal itu.

Kita tahu keganasan dan kezaliman yahudi laknatullah, dan kehebatan iman rakyat Palestin.

Zalim itu ke neraka, dan syahidnya mereka insyaAllah ke syurga.

Persoalan besar untuk ummi, adalah, bagaimana pula iman kita di sini?

Di negara yang 'aman' serba serbi ini? Celik mata makanan melimpah ruah depan mata, kemudahan, kemewahan semua menjelma?

Benarkah dapat kita selami, perasaan rakyat Palestin, yang dah sampai tahap gembira hidup hari ini, kerana mati mereka dijanjikan syurga? Redha akan ketentuan Ilahi, berjuang selagi berdiri, mengalah tidak mungkin terjadi..

Semalam ummi terbaca facebook seorang insan hebat Malaysia, menjual semua harta peribadi, untuk pergi sama berjihad di Palestin. MasyaAllah Subhanallah..Insan sebegini mungkin kurang dari sepuluh rakyat Malaysia yang benar menyahut seruan Allah dan RasulNya.. Lemah dan kerdil rasa diri ini.. Astaghfirullah..

Ummi sentiasa berdoa, yang anak-anak ummi adalah anak-anak soleh dan solehah, yang tetap mendirikan solat, dan akan berjuang menegakkan agama Islam di muka bumi ini satu hari nanti..Walaupun rasa usaha ummi ni sangat sangat kecik berbanding harapan yang menggunung tinggi..tapi ummi tetap berdoa dan berusaha..insyaAllah..

Ok. Berbalik kepada kisah home alone.

Ayah terpaksa pergi outstation, bermula selasa petang pukul 5. Destinasi ayah adalah seperti berikut :-

Selasa (20/11/12) 
- menuju ke high tech kulim, bermalam di sana.

Rabu (21/11/12)
- pagi ada kerja di amrec sirim kulim
- tengahari bertolak ke bayan lepas, pulau pinang
- petang ada temujanji di bayan lepas.
- bermalam di anggerik lodging (kot?)

Khamis (22/11/12) 
- Naik flight seawal 7 pagi menuju ke KB
- Menyertai seminar (buka booth) di HUSM kubang kerian (oh tempat ummi buat final year project dulu)

Khamis (22/11/12) hingga Sabtu (24/11/12)
- Ayah berseminar di HUSM kelantan..(untunglaa dapat pergi kelantan..)

Dan ummi di sini, bersama amir mengharungi hari-hari tanpa ayah.

Terfikir juga, untung orang-orang lain, dikala tiada suami, ditakdirkan rumah parents/parents in law dekat.. ummi ayah ni betul-betul orang perantauan..dengan parents ayah, dalam 2 jam perjalanan, dengan parents ummi, apa lagi, 5 jam kot..

Tapi, berbanding dengan mereka2 yang di overseas, takde sanak saudara..atau yang lagi diuji ilahi, diambil suami..ummi kira untung lagi lah kot..hehe..Bersyukur dengan apa yang ada, kesimpulannya...

Jadi malam pertama berlalu dengan ok. Bila amir tanya ummi, ayah? ummi kata ayah work..dan dia nampak macam faham..

Semalam pula, ditakdirkan penjaga amir cuti. Apa lagi, berangkut la bawa amir ke opis. Nak kata kerja tu, memang tak berapa menjadi la hee..Tapi sebab dah dapat kebenaran bos kan, so kira ok la kot..

Petang balik on time, bawa amir ke taman. main dengan anak-anak penjaga amir yang rajin melayan dia..

Pastu bawa pula ke jusco, carik makan..Ni kes ummi dah abis tak tau nak makan apa..semua tak lalu ja di tekak ni..kebetulan di sana, beli sekali payung dan pisang..hee..

Ummi bawak amir jalan supaya malam dia boleh tidur lena dan tak ajak ummi keluar dah..Lagipun siangnya amir hanya tidur sejam saja..

Malam lepas makan dan kemas diri semua, ummi ajak amir tidur. Mula-mula amir tak mau..Alhamdulillah terfikir nak ajak dia tengok buku, dan dia lekat..Lepas tu tutup lampu, offer nenen, baca doa, dan terus je dia tidur...Penat dah badan tu..sama la dengan ummi..

Alhamdulillah..

Pagi ni ummi hantar amir awal sebab ummi ada deadline tengahari ni. Ambil masa juga nak pujuk dia (biasalah pagi-pagi habitnya bergayut dengan ummi)..bila keluar saja, terus tarik tangan tuju kereta (alamak..). Ummi pujuk amir, kita nak pergi rumah ibu (penjaga)..main dengan kakak dan abg.. Nangis amir..Maka, terpaksalah ummi dukung amir sampai ke atas (tingkat 5) itu...FUH...Rasa nak luruh jantung ni..hehe..

Sampai sana alhamdulillah amir ok (walaupun muka terpisat2)..dan ummi pun syukur dapat menyelesaikan kerja on time..

Dan dapat menulis blog..

Sampai sini dulu, nanti ummi update lagi, insyaAllah...


1 comment:

humble.yat said...

salam kak..
sedih sgt pasal gaza...
sy tak sanggup nak tgok gambar yg ada..apatah lagi nak berjuang di sana ya Allah..lemahnya jiwa ini...

abi aina pun out station minggu ni huhu..satrat dec posting kuantan..tak sabar nak tggu detik itu hehe...
syukur alhamdulilah...