Bismillahirrahmanirrahim..
Baru-baru ini ummi dan ayah banyak juga buat research tentang vaccination. Sekarang di era teknologi hujung jari, kita boleh tahu dan ambil tahu banyak benda tanpa pergi dewan kuliyyah hee.. Ada pro dan con (semua benda ada pro and con kan), tapi pada ummi biar kita alert dan ambil tahu..kemudian kaji selidik kebenaran setiap perkara tu.
Tapi ummi nak cerita kan kat entry ni tentang perspektif baru. Kenapa perspektif baru, ummi tengah agak kering idea nak hurai kenapa.
Sepanjang kehidupan ini, kita sentiasa mencari dan mencari. Mencari kebenaran, mencari ilmu pengetahuan. Kita tahu tentang kesalahan, keburukan, tapi tak jumpa jalan pembetulan. Tak pasti mana satu pencerahan.
Setiap kita tiap2 hari paling kurang 17 kali minta dengan Allah pencipta, 'Tunjukkan aku jalan yang lurus'...
Dan dalam hadith sahih pula berbunyi, “Sesungguhnya golongan Bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan, kesemua mereka di dalam neraka kecuali satu. (Sahabat-sahabat) bertanya: ‘Siapakah yang satu itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: Mereka yang mengikut landasan yang aku dan sahabatku bawa”.
Perkembangan zaman sekarang yang amat menggusarkan ummi. Mentaliti masyarakat yang sudah hanyut dibuai arus hiburan, sehingga tidak peduli dan ambil berat urusan agama. TV ditatap makin kurang ilmu dan fakta. Makanan haram dan syubhah merata-rata. Makanan sihat mahal harganya. Kos hidup tinggi, yang kaya bertambah kaya, yang miskin tertindas sentiasa. Jenayah makin berleluasa, kadang-kadang di luar akal jangkaan kita. Ini di Malaysia, bukan America. Tambah risau lagi dengan zaman seterusnya yang akan ditempuh oleh anak-anak soleh ummi dan ayah.
Cuba memanipulasikan teknologi di hujung jari, ummi dijumpakan dengan pelbagai blog dan teman facebook yang ilmiah dan sering memperingati ke arahNya..
Sedikit nafas lega dihela, pembentukan baiti jannati bukanlah satu mimpi indah dalam tidur lena, tetapi sebuah mujahadah yang bukan calang-calang pengorbanan dan kekuatan diperlukannya.
Ummi jumpa beberapa blog yang cuba ummi serapkan dalam kehidupan seharian dalam memberi makna doa-doa ummi yang mahukan anak2 ummi menjadi insan-insan bertaqwa yang bakal menjunjung dan berjuang mempertahankan agama kita sehingga sama ada sampai ke zaman kegemilangannya seperti janji Rasulullah, atau menjadi salah seorang watak-watak utama di sepanjang jalannya...
Antaranya:-
Ummu Muhammad & Cinta Rasul
Alhamdulillah...
-Perjuangan sentiasa baru bermula dan hanya berakhir dengan tutupnya mata-
5 comments:
UA: Allahhh..jauh sgt tu letak UM..letak ustazah aishah ye memang layak :) mudah2an Allah mudahkan segala usahe kite..yakin yg islam akan menang! kalau bukan kite pastikan generasi kite inshaAllah!
wah suka sangat entri ni..perpesktif baru...xde yang tak setuju...
dua2 blog tu pun favorite saya..
sampai sekarng pun tak khatam lagi hehe
UM..luahan ikhlas hati nih.. ^_^ itulah insyaAllah sentiasa yakin!~
yati : tula sama2 kita..pun tak khatam lagi ehehe...
ALLAH tunjukkan dan bimbing kita semua ke jalan yang benar. amin.
p/s: adakalanya cuba melawan rasa lemah semangat, lemau dan blurr...
ALLAH rahmati kita semua =)
InsyaAllah ustazah..syukran sudi singgah.. ^_^
Ya Allah kabulkanlah..Ameen...
Post a Comment