Cik Farah adalah adik bawah ummi, anak ketiga.
Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Pokcik (farhan) seperti cerita ummi di sini.
Masuk 01 june 2013 ni, genap setahun usia pernikahan mereka.
Dan pagi2 tadi, ALHAMDULILLAH sangat rezeki Allah yang Maha Pengasih, telah mengurniakan seorang lagi khalifahNya di dalam rahim cik farah. Ummi tumpang gembira atas kurnianNya yang tak ternilai ini.
Berkat kesabaran keduanya menunggu, berusaha dan berdoa hingga hampir setahun, dan mungkin juga berkat doa Tok Ma dan Tok Bah di depan Kaabah pada umrah lalu, dan penyayang mereka kepada kucing peliharaan mereka, ALLAH makbulkan permintaan mereka. Syukur...
Jika tidak silap ummi, tarikh hari pertama haid terakhir (LMP) cik farah pada 14 May 2013, bermakna insyaAllah EDD cik farah jatuh pada 18 Februari 2014. Kalau ada rezeki baby awal 2 hari bolehlah sama dengan birthday tokma pada 16 Februari.
Sesungguhnya, belajarlah biologi, bidang peranakan, tinggi mana pun, tetapi pada akhirnya, tetap kuasa Allah mutlak juga yang menentukan terjadinya anak dalam rahim seorang perempuan. Ummi sering juga terfikir, kita tahu kitaran waktu subur, kita usaha dengan macam2 usaha, jumpa doktor dan sebagainya. Tapi jika Allah kata belum lagi, maka semua tu pun kadang-kadang tak berjaya. Tetapi tiba-tiba, dengan usaha yang sama jika Allah kata inilah masanya, maka terjadilah ia. Kuasa Allah.
Buat cik farah, ummi doakan yang terbaik, moga Allah lindungi anak buah ummi tu sehingga akhirnya. Almaklumlah kerja cik farah sebagai MA di Hospital Langkawi, tugasnya bukan calang-calang. Kena angkat pesakit, berkejar sana sini, dan sebagainya.
Alhamdulillah. Gembira rasa di pagi-pagi isnin ini.
![]() |
| Farah & Farhan |
Sekian..

4 comments:
alhamdulilah, saya pun tumpang gembira juga..
setuju, Allah akan bagi bila kita dah bersedia dan tepat pada waktunya..
Alalh itu merancang dengan cinta, manusia merancang dgn cita2..:-)
alhamdulillah...sesungguhnya Allah akan bersama2 dengan orang2 yang sabar..
Tula..alhamdulillah...puji hanya bagiNya.. ^_^
Tula..alhamdulillah...puji hanya bagiNya.. ^_^
Post a Comment