Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..
Friday, 7 February 2014
Amir Hamzah @ 3 tahun
Bismillahirrahmanirrahim.
Asalnya ummi dah upload entry ni pada awal Januari. Tapi entah apa magis yang berlaku, ia tiba-tiba hilang!
Uwaa...cubalah ummi menulis kembali dengan momentum yang pastinya kurang serupa.
Besar dah anak ummi. Tahun ini ummi tak update lagi tentang anjakan umur anak teruna ummi ni. Serentak dengan kemasukan tahun baru ini, ada banyak peristiwa terjadi dengan izin Allah untuk kebaikan kita sekeluarga. Pertamanya tepat pada 01 Jan 2014 lalu, aliff hakim dihadiahkan demam 3 serangkai dari Allah. Kebetulan pada asalnya ummi bercuti untuk mengemas rumah, dan sebab penat sekian lama berkerja tanpa cuti (sebab dah abih cuti tahunan), tapi Allah maha kuasa menjadikan cuti ummi itu untuk menjaga aliff. Jumaat 03 Jan 2014 kita pulang ke kampung ayah untuk menjenguk tokmak yang tak berapa sihat.
Pada hari ahad, sempat kami pulang ke kampung di jementah untuk ayah mengerjakan 'wall panel' untuk menggantung tv, dengan kayu yang dibawa balik bapak dari singapore (percuma semestinya). Ayah memang dah lama mengidamkan wall mounted, tapi harga di pasaran agak tinggi maka hasrat itu dipendamkan. Dan dengan rutin kami seharian sekarang, telah dipersetujui bahawa tv itu hanya untuk memaparkan ceramah agama dan DVD Quran 30juzuk untuk anak-anak sahaja, insyaAllah.
Malam itu kami bertolak balik ke teratak kami, dan oleh kerana ayah tak dapat tidur secukupnya dan penat bertukang di siang hari, maka ummi mengambil alih tempat pemandu. Jika ditunggu, risau lebih lama lagi masa yang akan diambil untuk pulang ke rumah. Sedangkan keesokan harinya, rutin harian baru telah menanti.
Maka memandulah ummi dengan perasaan yang sukar digambarkan (takut-takut berani). Iyalah, kereta ayah adalah alza yang berclutch panjang. Sedangkan ummi hanya membawa SLK sahaja sebelum ni. (small little kancil ja ya, usah dibayang yang lain). Terkumat kamit membaca segala ayat dan zikir yang terlintas. Maklumlah, jalan dari jementah ke highway plus adalah berliku-liku jalan kampung, dan ada tempat yang gelap-gelap. Ada satu cerita yang mencuit hati, bila disebut jalan gelap. Satu ketika, jalan adalah gelap dan tiada kenderaan lain. Jadi ummi berfikir, ok ni jika ummi buka lampu tinggi, dan dengan keyakinan yang tinggi cubalah ummi membukanya. Tiba-tiba, GELAP. Cubaan ummi membuka lampu tinggi rupa-rupanya adalah menutup lampu. Gelabah ummi beberapa saat segera membuka semula lampu kereta. Dan kemudiannya ummi terus berpuas hati dengan kecerahan yang ada sehingga sampai ke rumah. Haha...(belum cerita lagi bab beberapa kali terlepas simpang dan terpaksa berpatah balik di tempat yang asing untuk kita).
Ayah sedar, "laju ummi bawa.." kata dia. Hehe..alhamdulillah selamat sampai ke destinasi kita. Dengan Izin Allah ar-Rahman tentunya.
Keesokan harinya AMIR SEKOLAH!
Keputusan menyekolahkan amir sebenarnya adalah keputusan yang agak drastik. Perjalanan amir ke sekolah memakan masa hampir 45min hingga 1 jam nun di shah alam. As Salahuddin Smart Tahfiz School. Pemilik tahfiz ini adalah sahabat di bulatan gembira ummi, teacher as. Keputusan ini memberikan impak yang besar dalam kehidupan ummi ayah. Jadual waktu harian kami berubah secara total. Ayah dapat solat berjemaah dengan lebih konsisten dengan amir. Ummi pula dapat beriadah naik turun tingkat 5 setiap pagi dan petang menghantar aliff.
Harapan ummi dan ayah, agar dalam perjalanan mendidik anak-anak ke arah menghafaz al-Quran, alim dalam ilmu al-Quran dan al-Hadith, dan menjadi hafiz-hafiz yang bertaqwa dan berani, ummi dan ayah juga turut sama perlu berubah, perlu juga menghafal dan belajar sama-sama kalian (walaupun kadar penyerapan itu berganda bezanya dengan kalian). Ameen.
Telah datang kepada kita suatu zaman yang begitu mencabar, ancaman terhadap agama dari segenap arah, dari segi pemikiran, teknologi, makanan, kesihatan, pendidikan dan sebagainya. Kita telah terpilih untuk melaluinya. Teruskanlah mujahadah kita menempuh suasana yang begitu meruncing ini, dengan doa yang tak putus-putus agar kita sentiasa dalam RahmatNya, sentiasa di atas jalanNya, selalu dalam redhaNya...
Telah rela hati-hati kami mewaqafkan anak-anak amanahMu ini ke jalanMu yang benar ya Allah..Hapuskan niat-niat untuk meraih kesenangan dunia dengan mereka ya Allah. Benarkanlah mereka menjadi hamba-hambaMu yang soleh solehah, Hafiz yang bertaqwa, Khalifah yang berani dan hanya takutkanMu ya Allah, yang kelak bakal menarik para-para ibubapa yang jahil dan banyak dosa ini dari panas api nerakaMu ya Allah ya Rahman ya Rahim...
Kurniakan kami, rumah kecil di pinggir syurgaMu yang indah ya Rabbi...Ameen..
No comments:
Post a Comment