Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Tuesday, 18 February 2014

Pertunangan Mokde & Sambutan Hari Lahir Tokma

Bismillahirrahmanirrahim

18 Rabi'ulakhir 1435
18 Februari 2014
Selasa


Majlis Pertunangan Mokde

Pada 01 Rabiulakhir 1435 bersamaan 01 Februari 2014 majlis pertunangan selesai berlangsung.

Walaupun dengan keadaan mak yang tak berapa sihat, alhamdulillah adik beradik mak yang banyak menolong menjayakan majlis. Ummi cuba juga apa yang termampu, tak almaklumlah ummi ada anak soleh yang sangat suka dipeluk umminya, maka apa yang termampu sahaja usaha di berikan. Harap keluarga belah-belah ayah sudi maafkan ummi yang serba kekurangan ini.


Alhamdulillah amir begitu seronok pulang ke kampung. Seharian dia di luar 'homeschooling' tolong atuk, kutip biji getah, bertukang, dan sebagainya.








Tengok tu shaikh amir sibuk bertukang. Seronok ummi tengok. Kesempatan yang tiada di teratak kecil kita di tengah bandar.

Alhamdulillah atas kesempatan ini.

Sambutan Hari Lahir Tokma ke-60

Nikmat yang Allah bagi lagi kepada kita. Walaupun pada mulanya ummi merasakan kita tidak dapat balik ke kulim kerana kesihatan tokmak yang tidak mengizinkan, namun perancangan Allah juga yang tetap akan berlaku.
Setelah dua malam berturut kita berulang ke rumah pakngah di seremban dan melihat keadaan tokmak semakin OK dengan izinNya, ayah bersetuju untuk pulang ke Kulim. Gegas-gegas ummi packing apa yang patut dalam masa sejam, terus amik aliff dan kemudian ke sekolah mengambil amir. Agak lambat juga kami sampai..maafkan ummi ayah yer amir dan teacher.

Alhamdulillah dengan izin Allah juga, semua anak-anak tokma dapat pulang ke kulim. Pak long & ibu bersama Naim dan Zariff, Ummi & ayah bersama Amir dan Aliff, Cik farah & Bocik, Pakcu, dan Acu. Semua ada. Jadi pada hari sabtu malam ahad kita semua keluar makan istimewa meraikan tokma.

Di, Puncak Mutiara Cafe, Kg pelet. Yer, agak mencabar untuk sampai ke sini.





Yang istimewanya pada ummi, tempat ni memang agak terpencil dan susah untuk dicari. Tapi ramai orang. Konsep tempat makan adalah satu-satu pondok macam gambar tu. Sesuai untuk keluarga besar yang banyak peringkat umur macam kami ni. Untuk bising-bising dan tumpah-tumpah.
Dan istimewa cafe ini mereka membela sendiri kambing, lembu, ayam, ikan yang digunakan untuk lauk. MasyaAllah.

Alhamdulillah tokma dan tok abah sangat gembira dengan sambutan kali ini. Alhamdulillah gembira juga melihat mereka gembira. Semoga tahun ini ma dan abah mendapat kad jemputan menjadi tetamu Allah... Ameen..

Aliff? 

 Imej terbaru setelah selesai tahallul bersama abang amir, sahabat syurganya.

Buat masa ni, aliff sangat gembira dan bahagia berada di dakapan ummi. Suka dicium dan digomol, dan tak kisah apa pun asalkan dipeluk ummi.

Moga anak-anak soleh ummi membesar menjadi insan bertaqwa dan hafiz quran..alim ilmu al-quran dan hadith, kuat dan berani memperjuangkan tuntutan Ilahi. Ameen..

Sekian berjumpa lagi kita insyaAllah.

No comments: