Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Wednesday, 19 February 2014

Anak-anak Amanah Allah

Bismillahirrahmanirrahim
19 Rabi'ulakhir 1435
Rabu

Ummi bersembang dengan insyaAllah salah seorang sahabat rapat ummi kak yati.

Banyak topik dibualkan.

Mulanya tentang pilihan. Andainya kita diberi peluang untuk memilih hanya SATU orang di sekeliling kita. Bagi kita para isteri, insyaAllah macam mudah. Sudah tentulah kunci syurga kita, para suami. Tetapi jika ditanya pada suami, pilihan mereka agak berat antara Ibu dan Isteri. Satu kunci syurga, satu amanah tanggungjawab yang akan ditanya. 

Seterusnya anak. Betapa anak-anak ini nanti jua akan keluar rumah meninggalkan kita. Bagaimana untuk mencintai mereka tanpa syarat. Tanpa syarat di sini bermakna, kita bukan membesarkan mereka dengan mengharapkan yang satu hari nanti, mereka akan menjaga dan menyara kita. Itu, Allah dah letakkan keutamaannya dalam al-Quran, bergantung kepada masing-masing untuk menterjemah dan mengaplikasikannya. 

Kerana jika harapan sedemikian diletakkan, bimbang kita akan kecewa. Secara peribadinya, itu yang ummi dapat lihat. Ummi tidak dapat memberikan harta dunia kepada mama abah ummi. Keadaan ummi ayah hidup di bandar besar dengan kalian, dengan percaturan harga barang oleh pihak berkuasa, kami boleh ditakrifkan sebagai 'cukup-cukup makan'. Tiada tanah mampu dibeli atau rumah tambahan mampu kami laburkan. Apa yang ummi doakan, setiap perbuatan ummi menjadi seorang isteri dan ummi yang baik, ada ganjaran secara pahala yang Allah beri kepada mama abah ummi. Tetapi, ganjaran pahala dan kebaikan Allah dah tetapkan tidak dapat dilihat manusia. Maka, seringkali terjadi situasi yang agak sukar disitu.
Jadi ummi cuba tanamkan dalam diri ummi untuk menjauhi harapan sedemikian. Amanah2 Allah diuruskan sebaik mungkin, agar semuanya kelak menjadi pejuang Allah yang hafiz dan bertaqwa. Tidak usah mengharapkan balasan. Tua ummi ayah nanti, semoga Allah sahaja sebaik-baik pelindung. Sesungguhnya hidup ini amat sementara.

Zaman kalian kelak, apatah lagi hebat dan dahsyat dugaannya. Ditakdirkan kalian menjadi pejuang-pejuang fisabilillah, adakah lumayan gaji kalian? InsyaAllah tidak. Sebab balasan adalah dari Allah, di akhirat kelak. 

Lihat ni,

“ Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang menyelematkan kamu dari azab yang pedih, yaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai dan memasukkan kamu ke dalam tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keuntungan yang besar“ (QS As Saff,10 sd 12).

Jadi kita ummi ayah, jangan pula susahkan lagi hati mereka ini dengan kesusahan dan masalah-masalah hidup kita. Teruskan sentiasa kirimkan doa-doa kita yang insyaAllah makbul itu mengiringi langkah mereka.

Cakap/tulis senang. Ya betul, tetapi tetapkan pergantungan hanya pada Allah. InsyaAllah. Sebenar-benar iman dan taqwa.

Sesungguhnya kehidupan ini amat sementara.

Seterusnya menyentuh bab kematian. Kadangkala, pabila melalui rutin harian yang normal, ummi terlupa bab ni. Terasa seolah-olah jauh perkataan ‘MATI’ tu. Jujur ikhlas ummi mengaku. Padahal ianya amat dekat. Bila ada berita-berita kematian baru tersentak semula. Macam-macam terfikir. Apa yang terjadi kat dia di sana. Apa yang dia sempat dan tidak sempat buat.

Lepas tu, balik ke diri sendiri yang Allahuakbar, banyak sungguh dosa ini. Dimana kubur ummi nanti. Apa perasaan dicabut nyawa. Macam mana nak menghadapi Mungkar Nangkir. Sempit ke luas kubur ummi nanti. Yang paling utama, sudikah Allah dan Rasulullah memandang ummi dengan rahmat dan syafaat? Allah sedihya..

Semua yang ada keliling ni sementara. Tiada apa yang kita boleh bawa ke dalam liang lahad kita nanti melainkan amal soleh dan doa-doa. Sedih berganda..

Semoga Allah sudi mengampunkan dosa-dosa ummi ayah dan merahmati kami. Kerana tak mungkin kita akan mampu memasuki syurga Allah hanya dengan amalan mahupun dosa sifar kita. Kita hanya mampu menghuni syurga Allah hanya dan cuma dengan Rahmat Allah semata. Semoga ke’alim’an dan ke’taqwa’an shaikh-shaikh kabir amir hamzah al-hafiz dan aliff hakim al-hafiz menjadi antara asbab Allah sudi merahmati kedua ummi ayah yang serba kekurangan ini. Ameen ya Rabbal alamin..
Sekian dulu buat kali ni.




2 comments:

@LeenShamsh said...

Mek mesti u tulis dgn hati yg menangis dan sgt dekat dgn Allah..i bace dgn meremang roma..betape terkesannye dgn tulisan u..rase menanges bersama u mek T__T

Dan hidup ini terlalu singkat T__T

All about a journal said...

Dan hidup ini terlalu singkat T_T

Doa2kan kami sama mek..