08 Syaaban 1435
Jumaat Penghulu hari
Seperti yang dijanjikan ummi titipkan pengalaman berharga saat Aliff keluar melihat dunia. Ummi tulis ni dah lama dalam telefon, jadi tarikh tu masih menggunakan tarikh masihi.
16.06.2013 - 3ptg
Ummi mulai merasa kesakitan itu. Tapi agak susah nak mempercayai itu adalah tanda kelahiran kerana tarikh jangkaan adalah pada 27.06.13. Kebetulan maklong dan paklong singgah sebentar ke teratak kecil kami. Ayah belikan lauk dan ummi masak nasi ja. Hidang dan makan sambil ummi layan kesakitan yang terasa 10-15 minit sekali itu. Kata maklong,'tinggi lagi perut tu, lambat lagi..' Ummi hanya tersenyum sambil tahan sakit.
Petang lepas tunjuk jalan balik ke maklong, saja ummi ajak ayah ke kompleks pkns bangi, nak jalan2. Sakit itu masih berkala. Macam tak percaya lagi. Sekejap saja jalan dan ajak ayah pulang.
Ummi mulai merasa kesakitan itu. Tapi agak susah nak mempercayai itu adalah tanda kelahiran kerana tarikh jangkaan adalah pada 27.06.13. Kebetulan maklong dan paklong singgah sebentar ke teratak kecil kami. Ayah belikan lauk dan ummi masak nasi ja. Hidang dan makan sambil ummi layan kesakitan yang terasa 10-15 minit sekali itu. Kata maklong,'tinggi lagi perut tu, lambat lagi..' Ummi hanya tersenyum sambil tahan sakit.
Petang lepas tunjuk jalan balik ke maklong, saja ummi ajak ayah ke kompleks pkns bangi, nak jalan2. Sakit itu masih berkala. Macam tak percaya lagi. Sekejap saja jalan dan ajak ayah pulang.
8pm - ayah minta izin tidur dulu, jika ditakdirkan ummi bersalin malam tu, ayah perlukan tenaga juga nak menjaga amir hamzah lagi. Ada juga ummi kata biar amir di rumah ibu, tapi ayah kata tak apa. Ummi pun dah lama tak mendapat tidur yang secukupnya. Sempat ummi suapkan amir makan nasi, dan nenenkan amir sebelum cuba juga untuk tidur.
17.06.2013 - 12am
Sakit makin kerap dan kuat. Ummi tak mampu lagi tidur walaupun penat dan mengantuk. Ayah dah standby dan sering bertanya bolehkah pergi ke hospital. Ummi kata ya. Tak tertahan rasanya sakit ketika itu.
12.30 - sampai ke hospital azzahra, meminta kerusi roda. Jalan ummi asyik terbehenti kerana sakit. Ayah dengan dukung amir dan beg.
Pemeriksaan dibuat, bukaan sudah 6cm. MasyaAllah.
Tidak lama ummi didalam bilik persediaan. Sempat buang air setelah dimasukkan ubat. Ayah baru inform ke family. Ummi tidak beritahu awal kerana menyangka ini hanyalah kontraksi palsu. Rupanya baby dah tidak sabar nak keluar.
Pemeriksaan dibuat, bukaan sudah 6cm. MasyaAllah.
Tidak lama ummi didalam bilik persediaan. Sempat buang air setelah dimasukkan ubat. Ayah baru inform ke family. Ummi tidak beritahu awal kerana menyangka ini hanyalah kontraksi palsu. Rupanya baby dah tidak sabar nak keluar.
1.30 am - sakit makin kuat. Ummi sudah masuk labour room, dan ayah teman sambil bagi minum air selusuh akar fatimah yang ayah buatkan sendiri maghrib hari sebelumnya. Alhamdulillah banyak juga dapat ummi minum. Gesaan makin terasa. Baik nurse tadi suruh cuba teran, kini suruh ummi tahan kerana belum sampai doktor lagi. Tapi manalah mampu tahan, gesaan sampai saja ummi teran, nasibla..
Sebaik saja sampai doktor sampai, dua kali push ummi dah rasa kepala aliff, sekali lagi, gushh keluarlah anak kedua ummi ni, tepat 2.15am dengan berat 2.8kg.
Alhamdulillah.
Antara yang paling gembira ayah lafazkan di telinga ummi adalah ayah bangga dengan ummi kerana kelahiran kali ini tiada sebarang painkiller ummi ambil. Cuma jahitan masih sama panjang dengan amir hamzah dulu.
Aliff ayah azan dan tahnikkan. Terkejut juga ummi kerana menjangkakan berat aliff melebihi 3kg tapi rupanya hanya 2.8kg. Alhamdulillah yang penting sihat sempurna.
Perasaan teruja ummi masih sama seperti ketika amir hamzah, tidak sabar untuk menyusukan dan memeluk aliff. Buat kesekian kalinya, tidakla dapat ummi lelapkan mata kerana gembira.
Cuma sedikit menahan hiba kerana buat pertama kali amir hamzah tidak dapat nenen untuk tidur. Raungan abg amir kedengaran satu tingkat, mengalahkan tangisan bayi.
Dan kesakitan selepas kelahiran di perut dan ari2 adalah jauh lebih sakit berbanding yang pertama. Ummi tahan juga sendiri tanpa mengambil poNstan yang dibekalkan.
Alhamdulillah aliff hakim adalah anak ummi yang soleh dan baik, agak kurang menangis dan senang dipujuk. Syukur.
2 hari di hospital, dan pada petang hari rabu, 19hb jun 2013, aliff memasuki rumah kita buat pertama kalinya (selepas lahir).
Ummi doakan aliff hakim membesar dengan kuat mental dan fizikalnya, bersama2 abg amir menghadapi dugaan dan cabaran di zaman yang sungguh mencabar ini. Doa ummi kalian menjadi pejuang hebat yang bakal menegakkan islam di jalan yang benar. Ameen.
**************************************************************
Setahun berlalu, Aliff membesar kuat dan sihat. Yang paling istimewa aliff masih belum diperkenalkan makanan pejal mahupun air. Masih sepenuhnya menyusu susu ummi dengan izin dan rahmat Allah pastinya. Ummi dan ayah insyaAllah hendak cuba mengekalkan pemberian susu ummi ini sahaja sehingga aliff dua tahun. Setakat ini alhamdulillah dengan izin Allah Maha Penyayang, berat aliff meningkat dengan cantik melebihi graf. Pada usia 10 ke 11 bulan aliff telah pun melebihi 10kg. (Bayangkan 10kg ummi kendong naik tingkat 5 tiap-tiap hari hehe...tapi syukurkan ini Allah bagi pinjam 10kg yang sangat comel dan seronok untuk dicium-cium dan digomol-gomol).
Aliff yang sangat sukakan surah Al-Mulk.
Aliff yang suka melentok di mana-mana, beli jiwa..
Aliff yang sangat suka dipeluk ummi..'Bonding'..
Aliff yang tiada masalah setakat ini alhamdulillah, tidur malam dengan tenang (bangun nenen)..
Aliff yang suka main dengan abg amir dan ayah.
Aliff yang manis dan menghilangkan resah dunia.
Alhamdulillah atas kurniaanMu ya Rabbi.
Ya Allah, kurniakan rezeki zuriat kepada saudaraku, sahabat2ku ya Allah sesungguhNya hanya Engkau Maha Pemurah dan Maha Pemberi zuriat, tiada yang lain. Ameen..
Sehingga berjumpa lagi..Semoga kita semua dalam redhaNYa diatas jalan yang benar dan lurus...ameen..


2 comments:
Alhahmdulilah...dah setahun aliff rupanya..cepat masa berputar kan..
suami yati selalu pesan masa nk lahirkan Aina dulu, kalau boleh tahan, jgn cuba painkiller atau ponstan.. sebb antara kelebihan wanita, merasai sakit bersalin yang seakan-akan menghampiri kematian...
Alhamdulillah..Selamat membesar Aliff. Moga jadi mujahid soleh kebanggaan ummah.. Syukur,ank2 yg sihat & comel adalah rezeki dari Allah..:) Bagusla k'Aza...di saat kita cerita tentang rezeki anak, kita lupa mendoakan org lain yg juga teringin anak.. Doa2 k'aza buat reen insaf plk... Moga kita sama2 mendoakan mereka.. Amin.. :) Syukran jazilan..
Post a Comment