05 Syaaban 1435
Selasa
Lama dah ummi tak menulis. Kehidupan kerja ummi terbelenggu dengan tender-tender dan 'deadline'. Kenapa orang putih kasi nama 'deadline' bukan 'endline' ka, 'setteline' ka? Ok dah lari tajuk.
Nanti ummi kongsikan gambar-gambar kerja ummi.
Mungkin ada hikmah atas segala keperitan yang ummi rasakan ini. Balik lambat dari kerja (pukul 12 malam yer), keesokan paginya Allah bagi demam kepada shaikh amir. Macam biasalah yang pertama bersangka baik pada Allah, pembuat segala kuman dan penyakit, dan juga penghilang segala penyakit dan musibah.
Ditambah pula dengan shaikh aliff yang sangat suka 'azan' setiap masa, hendakkan pelukan ummi tercinta. Di kala ummi ada 'berjuta-juta' lemon kerja rumah yang perlu disiapkan. Ummi dah kenal pasti, aliff begini bukan sebab hendak makan atau sebab-sebab seumpama itu, kerana pabila ummi duduk bersama, shaikh aliff akan bermain-main dengan gembira hatinya.
Lama dah cerita kerja ummi ini. Dari ummi anak dara sehingga anak dua..7 tahun.. Jom tengok apa bos ummi kata:-
"Jangan salah faham..". Huhu..kadang-kadang bahagian kita dah siap, tetap kena tunggu bahagian orang lain untuk membolehkan sesuatu tender itu siap sepenuhnya. Dan selalunya bahagian orang lain itu yang lambat. Lambat hingga mengambil masa hujung minggu dan waktu malam. Dan sungguh tidak wajar dia hendak menyamakan kita, dengan mat salleh dari USA. Mat salleh dari USA tentu-tentulah tiada anak yang sedang menyusu badan, suami dan anak yang perlukan perhatian, rumah untuk dibersihkan, baju dan botol susu untuk dibasuh, pakaian yang hendak dilipat dan sebagainya. Dan tiada sikit pun terselit di hati ummi hendak menggayakan barangan berjenama seperti anggapan mereka.
Maaf, bukan ummi hendak mengeluh atau membuat luahan perasaan (tapi macam luahan perasaan) di sini. Tetapi pabila rutin ummi ini membuatkan ayah terpaksa tinggal di rumah menjaga anak, dan terlepas peluang pergi ke masjid bersama amir, ummi rasa bagaikan ada sesuatu yang sungguh tak kena berlaku. Adakah keberkatanNya? Apakah yang kita utamakan, redha Allah atau manusia?
InsyaAllah perancangan Allah sentiasa terbaik untuk hambaNya. Ummi dan ayah pasti usahakan yang terbaik agar kehidupan di dunia ini adalah sederhana menepati garis panduan yang ditetapkan Allah, dan apa yang paling penting adalah apa yang kita hendak bawa ke alam yang kekal sana.
Sekarang rasanya mata ummi dan ayah dah melangkau pandangan dunia. Tiada apa rasanya hendak dikejarkan di dunia yang kebanyakannya hanya dusta ini. Sedangkan ajal itu begitu hampir. Bila-bila masa sahaja. Umur 3 hari, 3 tahun, 30 tahun..Siapa yang tahu? Bila tiba-tiba mata kita ini, diri kita ini, dihampiri Malaikat Izrail (ketika saat itu sampai pasti kita akan kenal akan malaikat Allah itu), dan berkata, 'OK, MASA ADA LAGI DUA MINIT YER.." sambil tersenyum (atau masam bergantung pada amalan kita la kan). Apa kita nak buat masa tu? uisy ketar tau ummi bila ingat perkara tu. Ayah la yang sampaikan, cerita ni dari ustaz.
Jadi target sekarang, bukan nak rumah atau kereta besar, sekadar nak berusaha melangsaikan hutang $$ (zaman jahiliyyah), hidup sekadarnya cukup makan pakai untuk beribadah, membesarkan anak-anak amanah Allah ini moga menjadi hafiz bertaqwa (saham besar tu untuk bekalan di sana), menyumbang pada jemaah Islam setakat mana terdaya..Dunia ini, pegang di tangan sahaja, Akhirat atas kepala. Apa-apa terjadi, lepaskan dunia, pegang kuatlah pada akhirat. Dari dulu kata-kata ni tersemat dalam fikiran. Tapi takdir Allah baru sekarang ummi dan ayah sedikit demi sedikit memahami dengan jiwa akan maksud kata-kata tersebut. Setelah merajinkan diri mencari ilmu, barulah kita faham akan pesanan Pencipta.
Sekian dahulu insyaAllah dengan izinNya ummi ingin nukilkan saat indah melahirkan Shaikh Aliff Hakim ke dunia, sempena masuknya Shaikh Aliff ke umur satu tahun beberapa hari lagi mengikut kalendar Hijrah. Biiznillah.
Hingga berjumpa lagi dengan izin yang Maha Kaya..
4 comments:
salam kak..
saya selalu ingatkna diri sya kalu keje belambak..jadikan kesibukan kita itu sebgai ibadah..sambil buat keje ingat Allah..baru ada rasa ikhlas dlm hati,,supaya Allah mudahkan urusan kita, boleh balik cepat, boleh tolong family..
.huhu
Insha Allah ,ada keredhaannya dalam setiap detik kita buat kerja..jangan jadikan beban, tapi jadikan ia satu jambatan untuk ke akhirat..
Mak saya pun selalu pesan klu saya mengeluh pasal kerja..jangan merungut, ikhlas hati, baru keje jadi mudah..
wallahualam..
selmat berjuang kak..berjuang dengan sungguh sungguh...
sebab kerja ni ada bercampur dengan unsur-unsur yang tidak menyenangkan hati dan iman hehe..sebab tulah..moga Allah lorongkan jalan dan kekuatan untuk berubah..Ameen doakan yer..
hihi unsur yang tak menyenangkan?apa tu...insha Allah, sentiasa doakan akak...
Post a Comment