Bismillahirrahmanirrahim
18 JamadilAkhir 1435
Jumaat
Kisah ini ummi hendak juga nukilkan supaya tidak terlupa. Kisah 'kebetulan'.
Sekarang jadual kami memang padat asbab amir yang bersekolah nun di shah alam. Kadang-kadang ummi hendak juga ikut ayah sama ada pergi menghantar atau mengambil amir (rasa macam berjalan-jalan).
Pada suatu hari ini ummi ikut ayah pergi mengambil amir. Jadi masa maghrib kami mesti ditentukan awal-awal, supaya tidak terbabas. Kalau sempat, kami balik solat maghrib di muttaqin, masjid di rumah. Jika agak macam lambat sangat, kami tunggu di surau dekat dengan sekolah amir. Ataupun di surau Plus. Yang pastinya pabila azan, sudah bersedia untuk mengambil wudhu'.
Selesai solat maghrib di surau Plus, kami teruskan perjalanan pulang. Pada hari itu ayah saja nak mencuba solat Isya' di surau Sierra 16 (surau baiturrahman). Sesuai dengan namanya, kawasan Sierra ni memang perumahan orang kaya (bagi kamilah). Suraunya pun sangat cantik, bersih dan selesa.
![]() |
| Ini surau Baiturrahman (Credit : Surau Baiturrahman Dalpinia) |
Sampai sana kita bersedia untuk solat isya'. Amir memang dah tidur dari lepas maghrib tadi. Hingga ayah angkat amir masuk baring di bahagian solat perempuan pun dia tidak sedar sehingga selesai solat isya'! (Keesokan harinya baru dia bangun, penat betul ye nak). Aliff macam biasa aktiviti dia merangkak-rangkak mengembara di tempat baru.
Aliff sekarang alhamdulillah dengan izinNya yang Maha Penyayang, memang aliff suka 'azan bukan waktunya', tapi sebaik sahaja ummi sarung telekung dan angkat takbir, shaikh aliff akan terus diam dah buat hal sendiri. Sebaik sahaja selesai bagi salam, dia akan kembali merangkak ke riba ummi. Aliff Hakim yang bijaksana.
Solat isya' ummi bersama seorang lagi jemaah wanita. Bacaan Imam MasyaAllah Tabarakallah! Sungguh sedap dan merdu! Hingga tak terasa kepanjangan surah yang dibaca. Sedar selesai solat, aliff sudah pun meneroka ke kawasan solat lelaki. Perlahan-lahan ummi angkat dia.
Selesai solat ummi mendengar ayah bersembang panjang dengan imam tadi. Rupanya mereka sekumpulan dari Indonesia mengembara menuntut ilmu. Muda lagi. Hafiz mereka di tangan Ustaz Nuruddin jika tak salah ummi mendengar. Sudah hampir 5 bahasa dikuasai mereka. MasyaAllah. Ayah ada keinginan hendak menadah kitab menimba ilmu dengan mereka, tetapi dikhabarkan mereka hanya ada sehingga Ramadhan, selepas itu akan berlepas menimba ilmu di India pula. Semoga Allah memberkati mereka. (Oh semoga kita berjumpa Ramadhan, dapat beramal dengan segenap keberkatannya Ameennn)..
Apa yang menarik yang berkaitan dengan tajuk entry ummi adalah, pabila ayah berkata :-
"Tulah, kebetulan lalu sini dan dapat solat sini berjumpa dengan shaikh-shaikh sekalian. Syukur nikmat Allah."
Imam muda membetulkan:
"Dalam dunia ini tiada 'kebetulan' saudara. Semua yang terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah Maha Pencipta." lembut tuturnya.
Allahurabbi. Ummi yang mendengar dari ayah pun terasa tamparannya. Kehidupan seharian kita begitulah kadangkala tersilap cakap jika tidak berhati-hati. Semoga Allah ampunkan.
Sekarang ummi ayah sedang berusaha membuang perkataan 'kebetulan' dan perkataan 'nasib baik' digantikan dengan 'Alhamdulillah'. InsyaAllah.
Sekian.
P/S : dua imam muda yang ayah jumpa itu, satu bernama Kalamullah, satu lagi nama Rahmatullah. MasyaAllah..
P/S : dua imam muda yang ayah jumpa itu, satu bernama Kalamullah, satu lagi nama Rahmatullah. MasyaAllah..

4 comments:
hye aza! Amir sekolah katna?
ye mekza; i dapat mase usrah zaman belajar..kate murabbiah ku, dlm dunie tiade istilah kebetulan..semuanya adalah takdir dan rancangan aturan Allah yang sangt cantik dlm kehidupan kita..mungkin buruk pade kita tapi disisi Allah ianya adalah terbaik! mashaAllah wa tabarakllah!
mabruk utk kalian! doakan kami sentiase!! ;)
Hehe umie a'iesya..semoga kekuatan kita kental dengan izin Allah jua..
Mekleen...Itulah cara Allah nak ajar kami pula..dan nama imam-imam itu masyaAllah..Kalamullah dan Rahmatullah..yang bersembang dengan hb tu, Rahmatullah..Setiap kali orang panggil namanya, dia akan ameen kan dulu..masyaAllah..
Slm kak, perkongsian yang best...suka entri yang mengubah persepsi kehidupan..:-)
Post a Comment