Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Wednesday, 2 April 2014

Cerita Shaikh-Shaikh kesayangan ummi

Bismillahirrahmanirrahim
02 JamadilAkhir 1435
Rabu

Lama rasanya ummi tak bercerita tentang kalian. Jom ummi coret apa yang termampu!

Shaikh Amir Hamzah

Banyak perkembangan positif amir setakat 3 bulan ni alhamdulillah. Ummi ayah tidak meletakkan paras ukur yang tinggi untuk amir memandangkan 'kesedaran' kami datang agak lewat. Namun cuba kami bermujahadah menghantar amir ke sekolah dengan menolak tepi kekangan masa dan jarak dan catuan-catuan lain yang dijalankan.

Amir masih belum menampakkan minat terhadap DVD quran yang ummi pasangkan di TV rumah, mungkin asbab masa amir yang begitu sedikit di rumah, namun ummi doakan amir akan menyerapnya secara audio. Jadi ummi cuba sedaya mungkin istiqamah memasang quran semasa kalian tidur. 

Tapi ayahnya biasakan amir dengan masjid. Setiap maghrib dan isyak paling kurang. Kadangkala turut sama 'menyertai' kuliah maghrib. Cara amir tersendirilah kan. 

Sekarang bila-bila di atas kereta atau bermain sendirian, yang selalu keluar dari mulut amir adalah zikir Subhanallah, doa dhuha (paling favourite), qasidah2, dan kadangkala suktaman (ummi pun tak pasti ape tu). Alhamdulillah. Kadangkala amir ikut solat penuh. Bacaan dalam solat pun makin hari makin fasih alhamdulillah. 

Baru ni, ada satu kisah amir yang menyentuh hati ummi ayah. 

Pada suatu malam dikala kami semua bersedia untuk tidur, lampu-lampu telah dimatikan, tinggal lampu bilik air. 
Ayah : Ummi, rasa macam nak bantal lagi lah.
Ummi : ala, ummi dah nenen aliff ni. (kalau cabut tahu sajalah anak soleh sorang ni).
Ayah : Amir, tolong ayah amik bantal kat bilik sebelah.
Muka amir nampak ragu-ragu, dan amir ada menjawab kecil 'taknak' pada mulanya. Mungkin sebab dah agak gelap, dan amir tak tahu dimana kedudukan bantal yang diminta. Puas dia fikir. Ummi bisikkan 'Amir janganlah takut, Allah kan ada..'. Akhirnya amir berkata:

Amir: Ooo, bantal amir? green?
Baru-baru ini ummi belikan bantal kekabu, biru untuk ayah, pink untuk ummi, green untuk amir dan aliff. Alhamdulillah amir memang suka bantal dia. 

Ummi & ayah : yerrr!!
Ummi cakap dengan ayah : kalau dia amik bantal tu memang untuk dia la ayah...

Bergegas amir ke depan (sebab amir memang dah tahu kedudukan bantalnya itu). 

Amir : Tadaa!!! dah jumpe!! sambil terus nak baring atas bantal green dia.
Ummi : Bantal ayah, amir tolonglah amikkan jugak..
Amir : bantal ayah? blue?
Ummi : Aah bantal blue tu.

Amir pun bingkas bangun kembali, sewaktu amir berdiri nak turun katil amir berkata,

Amir : Amir tak takut. Allah kan ada.

Lantas kedepan kembali dan mengambil bantal ayah. 

Allah Allah. Terharu benar rasa hati ummi ayah. T___T

Semoga terus kukuh prinsip taqwa yang pertama itu di jiwa mu wahai shaikh amir. Tidak takut apa pun selain Allah. Ameen..

Cerita santai kedua, di atas kereta balik dari sekolah.

Amir : Ummi Ummi!
ummi : yer sayang..
Amir : ummi amir bau sejuk..
Berderai tawa kami. Amir berdiri di tengah jadi air-cond memang menghala ke mukanya. Maka jadilah 'bau sejuk'.

Surah-surah masih lagi menghalusi fatihah dan 3Qul. Ada sekali kata ayahnya, amir ada sambung ayat ke-2 Baqarah. Tu pun ummi dah bunga-bunga hati. (baru satu ayat apatah lagi boleh satu surah panjang kan?).

Semoga terus shaikh amir membesar menjadi pejuang Allah yang hafiz dan bertaqwa, yang kuat dan berani. Ameen.
Jejaka buruan bidadari syurga ameen..



Shaikh Aliff Hakim

Aliff telahpun menjejak 8 bulan, hampir sembilan. Setakat awal 8 bulan aliff hanya duduk, belum lagi membuat aksi yang lain. Biasalah ummi, risau je lebih kan. Tetapi ummi yakin tinggi yang setiap anak-anak syurga ini, membesar dan pandai dengan masa tersendiri. 

Dengan sendirinya masuk minggu kedua 8 bulan aliff mula menunjukkan tanda-tanda membuat posisi merangkak (kaki masih belum boleh pusing kebelakang). Tidak lama lepas tu aliff mula merangkak! Alhamdulillah. Serentak dengan merangkak, aliff pandai duduk sendiri dari posisi baring, dan terus mula berpaut pada kerusi/dinding untuk berdiri. Pantas! Alhamdulillah syukur ya Ilahi.

Aliff pandai tepuk tangan, bila ummi cakap 'tak boleh' dia akan terus datang peluk ummi. 

Aliff menunjukkan kecenderungan minat terhadap DVD al-quran yang ummi pasang, alhamdulillah. Namun aliff soleh ini masih lagi gemar memeluk kemas ummi, dan mengkehendaki ummi berada disekitarnya tatkala beliau bermain. Jika tidak sedemikian, aliff akan (bak kata Ummu Muhammad), azan bukan pada waktunya. MasyaAllah.

Aliff diizinkan Allah masih belum makan sehingga sekarang, masih susu ummi sepenuhnya. Ummi nak cuba selama mungkin berikan aliff hanya susu ummi, insyaAllah takat mana mampu diizinkanNya. Pastinya susu ummi yang diciptakan Allah ini mempunyai cukup semua zat tanpa perlu makan sehingga aliff dua tahun (kalau dapat insyaAllah) kerana ulamak bersependapat suruhan 'penyempurnaan susu badan selama 2 tahun' itu bermakna hanya susu semata-mata tanpa makanan. Dan air kencing bayi berkenaan juga diringankan tahap najisnya. Pasti ada hikmahnya. Dan Alhamdulillah lagi aliff membesar bagai juara dengan badan yang 'semangat' tanpa banyak komplikasi kesihatan yang serius. Syukur ya Allah.

Sabar nak, sikit lagi bila dah boleh berjalan biiznillah, bolehla aliff juga ke masjid bersama abang amir yer! InsyaAllah.

Semoga terus shaikh aliff membesar menjadi pejuang Allah yang hafiz dan bertaqwa, yang kuat dan berani. Ameen.
Ceria bersama ummi

Semoga dosa-dosa kita diampunkanNya..ameen..

Sila fokuskan pandangan pada shaikh-shaikh saya je ye..hihi

2 comments:

@LeenShamsh said...

ameen ya Rabb! bantulah kami untuk didik tentere2Mu untuk membela agamaMu yang mulie..za sedeh dan gembire..shaikh2 kabir kite semakin besar T___T sikit mase lagi akn mengembare tinggalkan kite T____T


p/s: ummi ayah sile honeymoon for 2nd batch :P

All about a journal said...

Ameen ya Rabbal alamin..leen..T_T
Sikit masa lagi..ye kita redha demi untuk hidup yang singkat ini..kita dambakan hidup gembira 'disana'.

P/S tu ai like..hahaha anak2 solehah coming up!~