Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Saturday, 25 October 2014

Salam Ma'al Hijrah 1436!!

Bismillahirrahmanirrahim
01 Muharram 1436H
Sabtu

Salam tahun baru hijrah, InsyaAllah ummi tidak mahu ketinggalan membuat entry di tarikh penting ini walaupun tengah ditimpa dengan pelbagai kekangan.

Tahun baru ini merupakan antara detik hijrah paling bermakna dalam kehidupan kami sekeluarga. Buat masa sekarang ummi tengah berusaha sedaya upaya menguruskan perkara-perkara penting ini. Doa agar dipermudahkan Ilahi. Bila tiba masanya ummi akan update lagi yer.

Tahniah dulu ummi nak rakamkan kepada sahabat ummi, cik dee dengan izin Allah melahirkan anak solehahnya pada tarikh yang cukup indah ini, secara normal. MasyaAllah. Semoga puteri ini bakal menjadi serikandi Islam satu hari nanti. ameen.

Ummi ambil kesempatan sedikit menceritakan tentang anak-anak soleh ummi. 

Amir hamzah - makin banyak berkata-kata, makin bijak. Alhamdulillah hafazannya boleh dikatakan 'on track' tidak terlalu laju atau sebaliknya. Ada satu video di youtube seorang shaikh kecil membaca surah ad-dhuha (the voice of islam jika tidak salah), dan alhamdulillah amir hamzah juga sudah boleh membaca surah ad-dhuha. Sayangnya hanya ada satu video surah itu sahaja. 

Antara dialog yang ummi hargai dari amir hamzah :-
"Amir, tengokkan adik yer, ummi nak masak. Jangan bagi adik makan apa-apa tau.."
"ok ummi"

Beberapa ketika, "Ummi! adik makan apa-apa!". heheh tergelak ummi. Memang ada benda pun adik masukkan ke dalam mulut masa tu.

Semoga Shaikh Amir hamzah terus membesar menjadi seorang pejuang Islam yang bertaqwa dan hafiz. Semoga syurgalah destinasti terakhir mu, anakku.


Aliff Hakim - Alhamdulillah mendapat 'kaki' pada usia setahun 3 bulan. Serentak Allah kurniakan pandai berdiri dan berjalan masyaAllah. Masih memperkemaskan langkahnya hingga kini. Masih belum kami kenalkan dengan makanan, namun telah minum air madu, rasa air buah sikit-sikit. InsyaAllah masih semangat sihat dan kuat anak ummi ini. Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada adik, demam-demam tu biasalah untuk memperkuatkan imun badannya. Alhamdulillah semuanya dengan kehendak Allah yang Perkasa.

Adik dah pandai membebel juga, pandai azan (letak tangan di telinga), pandai solat (sujud), pandai cium ummi. Dan semestinya sama macam abangnya dulu, kuat nenen. Ni jugalah antara asbab ummi boleh kembali ke berat ideal (nak kata kurus nanti perasan pula) semula. Sebab aliff kuat sangat nenen. Tokma sampai risau tengok keadaan ummi (takut-takut ada sakit lain ke), tapi pabila tengok selera makan ummi yang kus semangat, kerisauan itu hilang. Hehe. Ok ummi kuat makan. Rasa lapar je selalu.

Semoga Shaikh Aliff Hakim terus membesar menjadi seorang pejuang Islam yang bertaqwa dan hafiz. Semoga syurgalah destinasti terakhir mu, anakku.



Doanya kami sekeluarga kuat menghadapi 'hijrah' kami ini. Dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah izinkan kita semua melangsaikan segala hutang-hutang zahir dan batin sebelum dijemput pulang. Semoga kita dan anak-anak kuat mengharungi zaman yang luarbiasa dahsyat ini dalam keadaan beriman dan bertaqwa. Semoga Quran dan Sunnah terpahat sejati dalam jiwa-jiwa kita semua.

Ameen ya Rabb...


4 comments:

@LeenShamsh said...

shabat dunie jiran tetangge di syurga..Allah bersama kalian..semoga thabat!!!

@LeenShamsh said...

shabat dunie jiran tetangge di syurga..Allah bersama kalian..semoga thabat!!!

@LeenShamsh said...

shabat dunie jiran tetangge di syurga..Allah bersama kalian..semoga thabat!!!

UmmiAbi said...

Alhamdulillah, Moga Allah sentiasa rahmati keluarga Aza.. Pak sheikh Amir & Aliff tu sangat soleh..tengok diorang sejuk je hati..:)