Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Tuesday, 3 March 2015

SEDIH??

12 JamadilAwal 1436
03 Mac 2015
Sekadar menjengah laman sendiri yang lama dibiar menyepi, ummi terpanggil untuk menyiarkan salah satu koleksi sajak ummi satu masa lama dahulu. (sekarang mana sempat nak tulis sajak, hihi..)
Semoga doa dan airmata
menyesali kesalahan diri dan mereka
berdoa sinar turun menyirami persada jiwa
kita dan mereka

kerana kita tiada firasat mimpi
bahawa apa yang melanda mereka akan melepasi diri
apa yang diperbuat mereka akan kita jauhi
kadangkala sahabatku,
ujian Allah tiada dapat kita teka
hari ini berbentuk cercaan manusia
gah menghentam meremukkan jiwa
tapi mungkin esok lusa
kita pun sama dengan mereka
siapakah yang mampu memberi jaminan kata?

beramallah bukan kerna balasan
tak sanggup neraka, sucikah kita?
Nak masuk syurga, maksumkah kita?
Kita hanya insan biasa
Mungkin mampu berusaha luar biasa
Tetapi akhirnya ke manakah kita?
Tanpa dugaan, nasihat dan air mata
Taubat dan ilmu pewarna jiwa
Semangat pejuang jangan hanya menyala-nyala
Saatnya hanya seketika
Biarlah ia sentiasa membara
Mungkin kecil tetapi selamanya…

Diri ini terserlah kelemahannya
Ternampak dosanya
Ayat2 bicara meruntun jiwa…
Buat yang disayangi dan juga diri ini
Dalam kita meniti hari…
Sama2 la kita nasihat menasihati…

adeq12
6 April 2010 (9.30am)
Banyak juga peristiwa berlaku di kala ini. Tidak mampu ummi lakarkan satu persatu. Antara yang paling utama adalah kemalangan kecil buat Tok Abah tercinta, yang ditakdirkan jatuh dan pecah tempurung lutut kanannya pada Jumaat (27Feb15) lepas. Akan dijadualkan menjalani pembedahan kecil pada esok Rabu (04Mac15). Jangkaan doktor, keadaan abah selepas pembedahan, tidak boleh ada 'weight' pada kaki kanan selama lebih kurang 6 minggu untuk membolehkan proses 'wiring' lutut berjalan lancar, dan memerlukan bantuan tongkat untuk 2-3 bulan berikutnya. Dengan jangkaan dapat menunaikan Haji (akhirnya!) pada tahun ini. Dengan keadaan Tok ma yang tidak berapa sihat untuk menjaga Tok Abah. Dan dengan Cik Farah yang akan bersalin insyaAllah pada bila-bila masa.
Semoga segalanya berjalan lancar. Moga hikmahNya sentiasa ada, tidak mengapa jika bukan di dunia. Semoga diberi jalan petunjuk yang lurus, untuk kita semua.
Ameen ya Rabb..

2 comments:

@LeenShamsh said...

ameen..luv u much sahabat dunia jiran tetangga syurga..

p/s: wawahh sajak gittew..keless

All about a journal said...

ameenn..doakan yer...

Love u so much fillah too!!!

hehe zaman muda2 dulu boleh la..sekarang da tak sempat...tumpul da skill..