29 Syaaban/1Ramadhan 1436
17 Jun 2015
Menjelang Maghrib hari ini insyaAllah masuklah cahaya keberkatan di setiap pintu-pintu rumah kita..Cahaya yang kita nanti-nantikan. Ah berdebar rasanya...
Berdebar jika tidak berjaya memanfaatkan madrasah Ramadhan dalam mencapai ketaqwaan. Betapa ruginya. Betapa celakanya.
Tapi mari kita berfikiran positif. Embrace Ramadhan with sweat, love, and tears. Dan semoga istiqamah untuk semua amalan-amalan baik yang kita lakukan.
Ummi kongsikan hadis-hadis sahih buat pembakar semangat kita selamanya..
Hadith 1
"Siapa berpuasa Ramadhan imanan wa ihtisaban (dengan keimanan dan mengharap pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
(HR. Bukhari dan Muslim)
Hadith 2
"Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu sorga, ditutuplah pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu."
(Hadith riwayat Muslim)
Hadith 3
“Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar.”
(Hadith riwayat Muslim)
Hadith 4
"Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah 'Azza wa Jalla berfirman, ‘Kecuali puasa, sungguh dia bahagianku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, kerana (orang yang berpuasa) dia telah meninggalkan syahwatnya dan makannya kerana Aku.’ Bagi orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan; gembira ketika berbuka puasa dan gembira ketika berjumpa Tuhannya dengan puasanya. Dan sesungguhnya bau mulutnya lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi.”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith 5
“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pon yang dibuka, dibuka segala pintu sorga hingga tidak ada satu pintu pon yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru, 'Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan).' Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan).”
(Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)
Kredit : Blog http://angelwearsgucci.blogspot.com/
Ya Allah, di akhir zaman penuh fitnah dan dugaan ini, tiada lain yang kupinta hanya harapan tinggi agar kami semua berada di atas jalanMu yang benar. Pengakhiran yang baik dan sampai ke destinasi terulung idaman kami, bersama-sama dengan kekasih hati kami yang kami rindui, Rasulullah S.A.W.
Terlalu banyak fakta, terlalu banyak khilaf, terlalu banyak ini yang betul itu yang salah, dan sebagainya. Tambah pula di zaman media sosial ini.
Moga Allah menjaga kita. Walaupun menderita di dunia, tetapi biarlah penderitaan itu di atas jalan yang benar. Yang hanya ada satu menuju kepadaNya. Destinasi cinta agung kita.
Ameen ya Rabbal Alameeen...
Selamat menikmati Ramadhan ya. Setiap saat.
P/s : ummi kongsikan gambar 'sweet escape' kita sekeluarga dari kepenatan bandar. Alhamdulillah menikmati keindahan ciptaan Allah di sini. Dengan kawasan yang hampir tiada orang. (oklah ummi ada sikit juga 'ter'rendam sebab tak tahan dugaan air jernih). Terima kasih ayah sudi sediakan tempat untuk kemudahan pakaian ummi yang 'sukar' ini.
Semoga berjumpa lagi di jannah jika bukan di dunia! Mohon maaf dan halalkan segalanya ya.
2 comments:
salam ramadhan juga kaka..rindu nak baca coretan akak di blog ;-)
rindu juga ke yati.. hari tu rasa terharu sebab sebelum pergi umrah tu ingat juga yati kat akak..semoga doa2 indah disana dimakbulkanNya...
Post a Comment