Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Wednesday, 26 August 2015

Begini Sayang...versi ummi

Bismillahirrahmanirrahim
                                                                      
10 Zulkaedah 1436H

Sehari yang panjang. Paginya ummi ditemani ayah menguruskan hal kerja, ke TPM dan ke STRIDE kajang.
Sepagi tadi mak uda dah telefon ummi, bertanyakan keadaannya yang sudah keluar air ketuban, nasihat ummi, teruslah ke hospital.

Tengahari, kesiankan keadaan mokde, kita sekeluarga terus ke hospital Kajang, tunggu berita. Ummi cuba bertanya kepada jururawat bertugas, pukul 2pm lebih kurang ketika itu, katanya mokde masih 4 cm (dari pukul 9 pagi tadi) tetapi sudah di dewan bersalin.
Pukul 3 katanya dah bersalin tetapi lebih kurang sejam baru masuk wad. 4.30 kami tanya. (tokmak pun dah sampai lebih kurang pukul 3 lebih). Pukul 5 tanya belum lagi. Pukul 6 lebih baru masuk wad. 
Alhamdulillah terubat penantian kami melihatkan wajah suci mungil anak mokde. Puteri. 3.04kg. Normal.

Alhamdulillah. Tokmak kini ada 5 cucu lelaki, 1 perempuan (Amir, Fatih, Aliff, Anas, Luqman dan anak mokde belum tahu nama).. Sama dengan belah tokma. 5 cucu lelaki seorang perempuan (Naim, Amir, Zariff, Aliff, Zara dan Fateh). Meriahnya.

Balik dari hospital hampir jam 8 malam. Ummi mandi, masak nasi, kemas sinki sikit lebih kurang, panaskan lauk. Mandikan anak2. Aliff demam, moga Allah sembuhkan aliff dengan sebaik kesembuhan.
Sementara tunggu ayah balik beli lauk, ummi masuk bilik berbaring nenen aliff. Ditemani amir hamzah.

Amir bermain dengan perut ummi, membuat seperti bunyi kentut. Ummi kata pada amir,
“cuba amir dengar apa ada dalam perut ummi. Letak telinga amir.”
“tak dengar apa-apa pun.”
“dengarlah betul2.”
“bunyik macam makanan je..”

Ummi dah tergelak. Lepas tu amir sambung,

“jap amir tengok.” (sambil letak sebelah mata di pusat untuk mengintai). 
“gelap je perut ummi. Tak nampak. Lampu dah tutup”

Hahahha okay ummi gelak besar.

Lepas tu kami sambung perbualan. Pasal syurga yang indah. Ada sungai madu, ada sungai susu. Bulat mata amir dengar..wahhhh…kata dia. "Ada aiskrim tak ummi?" Sebab ummi kan ajar amir yang aiskrim, gula-gula yang kat luar tu semua tak sihat. Kalau amir nak, kena tunggu masuk syurga la, baru dapat yang sangat sedap. “amir nak aiskrim kaler birulah ummi.” Boleh sayang. “syurga kaler apa ye ummi.” Syurga tu warna warni sangat cantik. Ada warna hijau dalam syurga. Nak masuk syurga kena solat, hafaz quran, buat baik semua yang Allah suka. Jangan buat yang Allah larang. Nantikan, kita boleh jumpa Allah dengan Rasulullah tau dalam syurga. (mata bergenang). “Yay boleh jumpa. Ada nabi kan ummi”. Ada sayang. Semua ada dalam syurga yang best2. “Syurga tu kecik kan ummi. Bumi ni besar.” Takla sayang. Bumi ni kecik je. Syurga tu sangat luas. Syurga tu nanti lepas kita hidup kat bumi ni. Jadi sekarang ni kita kumpul pahala banyak2 tau untuk masuk syurga. “ooo..”

Amir nanti dalam syurga kalau tak jumpa ummi, amir kena carik tau. Amir kena doa “Ya Allah mana ummi dengan ayah ni, amir nak ummi dan ayah”.

Amir berfikir. “hmm oklah. Nanti amir carik ummi ngan ayah. Amir dengan aliff ada, tapi ummi ayah lambat sikit takde.”
(owh ummi dah cemas hahah). “Carik tau ummi ngan ayah..”
“yela amir carikla dengan aliff. Pastu amir doa kat Allah, nak ummi dengan ayah..pastu ummi dengan ayah sampai lah..”
“ameennnnnnn”

Panjang perbualan malam tu. Tentang mahal dan murah. Ada duit takde duit. Tentang jam pukul berapa. Tentang zaman kecil zaman besar. Amir oh amir. Anak solehku dunia akhirat. Moga terus kekal bertambah utuh keimanan dan ketaqwaanmu nak, di zaman serba mencabar ini.

Oh pengalaman yang indah. Syukur padamu ya Allah. 

(okay, ummi sudah mula nak membebel walaupun pada asalnya tulisan ummi patutnya berakhir disini.)

Kucoretkan supaya tiada ku terlupa. Dan semoga amir nanti membaca, sentiasa memperbaharui keinginannya yang kuat untuk ke syurga. Untuk bertemu Pencipta dan Rasul mulia.  Bukan sekadar inginkan aiskrim semata...

Moga generasi amir aliff ini yang bakal melahirkan para ulama' bertaqwa. Menegakkan kalimah tauhid, tinggi di persada dunia...dikala hatinya jiwanya sedikit pun tiada peduli indahnya kilauan wang ringgit, atau emas permata. Yang dicari hanya redha Allah dan RasulNya, dimatanya hanya ternampak akhirat sana, hingga tersungkur dunia dikakinya. 

Sesungguhnya kehidupan ini sekejap cuma. Sekelip mata. Apakan jadi sekiranya kelipan mata seterusnya bukan ruang bilik yang biasa dilihat? Sebaliknya indahnya gambaran syurga, atau ganasnya rembatan neraka? Ajal sudah tiba. Apapun tiada berguna. Kecuali yang tiga. Suka ummi coretkan disini, buat peringatan pada diri sendiri. 

Yang menolong kita dalam kubur kelak :-

1. Sedekah, amal jariah.
2. Ilmu yang bermanfaat, selagi diamalkan.
3. Doa anak yang soleh. 
(HR Muslim : 1631)

Ada tak harta benda, duit berganda, tanah, emas, kereta, anak suami, boleh masuk tolong? Tidak.

Kecuali yang disedekahkan. Yang diajarkan. Yang dididikkan. Pegang kemas tu ummi. 

Cukuplah buat kali ini. Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita, memberi kekuatan kita menghadapi segala percaturan di dunia sementara ini. 

Ameen ya Rabbal Alamin...


No comments: