Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Tuesday, 22 March 2016

Perpisahan

Bismillahirrahmanirrahim

13 JamadilAkhir 1437 / 22 Mac 2016

Setelah sekian lama menyepi. Pelbagai kejadian, peristiwa demi peristiwa melanda diri. InsyaAllah semuanya diterima sebagai Tarbiyyah Ilahi. Iman, akal, nafsu, hasutan, yang manakah menguasai hati. Moga destinasi terakhir kami adalah bertemuMu, ya Rabbi..

Mukadimah. Tulisan seterusnya ummi rasa macam nak buat rojak. Campur Melayu English Kedah. Boleh la nooo...

Kitorang di uji hujung tahun lepas dengan pelbagai dugaan besar. (Rasa besar dah, belum kena macam saudara di Palestin Syria sana nu..). 

Kemelut perniagaan yang membawa kepada perpisahan (insyaAllah harapnya bukan putus saudara seagama) yang ummi insyaAllah taknak cerita sebab it's not going to make this world a better place. Dalam pada masa yang sama, mak (mak mentua) tiba-tiba sakit teruk dan dimasukkan ke ICU. 

12 Oktober 2016 jam 8 malam, mak meninggalkan kami, selamanya. Mak berada di Hospital Sultanah Aminah, JB lebih kurang seminggu sahaja. Walaupun kami dah berusaha yakinkan mak, yang insyaAllah kami carik jalan untuk menjaga mak jika mak kuatkan semangat dan bertahan, namun sudah tertulis takdir ajal maut mak dijemput pulang. "Mak dah tak tahan", katanya.. (InsyaAllah ada rezeki Ummi nak juga coretkan buat kenangan kita).

Pemergian mak meninggalkan satu luka dalaman yang parah, tetapi terlindung. Di hati semua anak-anak, dan menantu-menantunya yang mak dah anggap macam anak-anak sendiri juga. 

Tinggallah bapak. Keseorangan. 

Rentetan cerita ini diteruskan dengan kisah bapak menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi, lebihkurang 3 bulan lepas pemergian mak. Tanggal 12 Mac 2016, kami mendapat mama baru. 

Secara amnya, kisah ini biasa. Luarbiasa pada insan-insan yang menanggungnya, mengalaminya. Pelbagai reaksi diterima untuk keputusan bapak ini. 

Ummi nak bercerita di sini, antara pengalaman pertama ummi dengan bapak. Kali pertama dan terakhir mengikut bapak membawa lori. (Bapak adalah bekas pemandu lori). Bapak banyak bercerita dengan ummi, ini antaranya kata-kata bapak masa tu,

"Bapak ni, setiap masa bawak lori (KL-Tangkak-Singapore), sentiasa doakan anak-anak bapak. Satu-satu nama anak-anak bapak sebut, doa kat Allah, biar berjaya (dunia akhirat)."

"Mak kamu kat rumah tu, kerja kuat tu. Uruskan anak-anak, rumah semua. Besar sangat jasa mak. Bapak belum tentu dapat buat apa yang mak buat untuk semua."

Betapa sayangnya bapak kat anak-anak, betapa bapak menghargai pengorbanan mak.

Jadi, ummi dengan senang hati menerima keputusan bapak untuk berteman lagi. Bapak keseorangan di rumah kebun, and it's killing him. When he's alone, and want to sleep at night. When there's nobody to take care of his cloth, and his food. When nobody to talk and chat with him, face to face. Everyday. 

Tindakan ini sama sekali tidak kerana hendak mengganti mak. Mak is irreplaceable. Everyone knows that. It's like getting a new mom, like your mother in law, or your best friend's mom. Of course it's not the same, but it's not a sin. 

Of course it is so hard. Seeing other people at the regular place seeing our mak. But now the priority is bapak, and what makes him happy. Think about how hard he had worked to raise us all. The sweat and tears. It is worth it, not supporting him now on his decisions? Make him sad again? 

Come on. The world is round. The life is short. One day, Allah will make us face the same or similar situation that we must decide. And that time our kids did not happy with our decision and they left. We will feel what bapak feels today. Can we? If we can, sure, go on. Do whatever you want to do, that pleases only your heart and desire. Don't bother to care about other people's feeling. 

Ummi minta maaf. yes, i'm being emotional here. Walaupun ummi cuma menantu, tetapi ummi dah anggap mak dan bapak macam mama abah kandung ummi juga. Setiap kali salam raya, bapak akan kata "Aza, minta maaf kalau ada terkurang lebih apa-apa, terkasar bahasa semua. Aza dah macam anak bapak sendiri. Kalau Edy ada buat apa-apa kat aza, bagitau bapak.." Mak akan kata "Aza, mak minta maaf ye nak, ada yang tersinggung, yang mak cakap aza tak suka, dan apa-apa yang mak tersilap. Mak anggap aza macam anak sendiri ye nak.." *cry*. 

Untuk mak, kita buat apa sahaja yang kita rasakan bermanfaat untuk mak di sana. Yang tinggal sekarang bapak, untuk dijaga hati dan perasaannya. Sebab ibu dan ayah disebut di dalam Al-Quran untuk disantuni. Bukan ibu sahaja, bukan ayah sahaja, dan bukan pula ibu atau ayah saudara. Tetapi ibu dan ayah kita. 

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36][1]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]

Hidup ini sementara. Hati-hati dengan keputusan kita.

Moga kita semua di atas jalanNya yang lurus. 

Ameen..

2 comments:

Umie a'iesya said...

aza.....

Anonymous said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)