Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Thursday, 11 August 2011

Cerita Breastpump Medela

Assalammualaikum

Ni update entry cecepat sebab kerja yang banyak bertimbun2..

Alkisahnya, pam ummi yang dihadiahkan oleh sahabat baik ummi, mama maya pada hari kelahiran anak ummi, amir hamzah, telah tamat tempoh gunanya pada isnin lepas. Ini kerana corong pam nya telah bocor dan terkoyak. Mungkin kerana ummi suka basuh semua part medela tu dalam air suam..

Jadi bila pergi kedai spare part pada hari selasa dia kata part yang original (lembut) tu dah tak keluar, maka cepat2 ummi dan ayah bersepakat nak beli kat maya  dan terus call. Alhamdullillah rezeki kami, maya kata esok (rabu) sampai stock dan boleh amik hari khamis.

Isnin = ummi perah pakai tangan. sejam lebih, dapat 5auns saja + sakit2 semua. Haha, orang tak biasa katakan.
selasa dan rabu ummi tawakkal tak perah sebab memang tak cukup nak curi masa sejam lebih tu sebab kerja bertimbun2. Cuma ummi balik ontime dan menyusu amir sekuat hati (ha?). Bukan on amir's demand dah lagi, tapi on ummi's demand.

Hari ni Alhamdulillah ayah pergi ambil kat Gombak breastpump baru ummi. Balik ni kena mengepam untuk top up balik store.

Risau tu Allah ja yang tahu...Sentiasa ja berdoa agar terus dikurniakan nikmat susu ini untuk amir sehingga 2 tahun..semoga diperkenankan...Ameenn...

Nantilah ada masa ummi update gambar..

Sekian... ^___^

No comments: