Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Tuesday, 16 August 2011

Saya kurang gemar lagu raya

Assalammualaikum

Hari ni adalah hari ke-16 kita puasa. Esok adalah nuzul quran.

Berbalik kepada tajuk entry, ya, saya memang kurang gemar. Bila ditanya apa lagu raya yang pernah di letak dalam handphone, mahupun komputer, saya jawab tiada. Memang tiada pun.

Sebab? mudah je. Bukan tak mahu terima kenyataan, tapi raya bererti berakhirnya ramadhan. Memang raya itu kegembiraan, tapi berakhirnya ramadhan adalah kesedihan, kan?

Entah berjumpa lagikah ramadhan lepas ini? Allah jualah yang memegang jawapannya.

Selamat Nuzul Quran. Hari turunnya kitab panduan hidup kita. Semoga berbahagia dan damailah jiwa mengecapi ibadah di hari mulia bulan mulia ini.

Ameen~

No comments: