Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Tuesday, 2 August 2011

My Amir @ 7 bulan

Assalammualaikum

Ini adalah entry cepat setelah hampir dua minggu tak kerja..Oleh itu tak sempat nak wat entry wajib ni pada tarikh yang sepatutnya.

Amir dah masuk 7 bulan pada 01 Ogos 2011 semalam.

Pada 6 membawa ke 7 bulan ni, amir dah semakin kenal orang. Selain gigi dua batang di bawah itu, amir juga telah mendapat gigi ke tiga, iaitu taring kiri atas. Pelikkan? Cepat amir tumbuh gigi, cepat jugalah gigi kekal naik kot nanti...Kenalah berusaha mengaplikasi penjagaan gigi yang baik....

Oleh kerana ummi bercuti hampir dua minggu menjaganya, maka amir adalah sangat attach dengan ummi sekarang.

Sekarang ummi tengah menenangkan hati dan perasaan memikirkan sat lagi amir dihantar ke rumah penjaga.

Baru balik dari kulim, terus ke opis. Yang lain2 tu ayah yang hebat yang menyelesaikannya (mandi, siap amir, bagi makan, bagi susu, main, dan tidurkan dia smpai ummi balik !).

Ya Allah, Sihat dan sempurnakanlah amir, Lindungilah dia Ya Allah, kasihanilah dia Ya Rahman....Ameen...

No comments: