Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Monday, 8 August 2011

Yang hidup pasti Kembali

Assalammualaikum


Hari ahad (semalam) saya dapat satu berita yang sedih+terperanjat, iaitu pemergian arwah ayah kawan baik saya, Ina. Kali terakhir (dan mungkin pertama) saya bertemu ayah dan mak ina, adalah pada 31 Mei 2009, tarikh perkahwinan ina dan faizal. Sementara menunggu ina, kami bersembang dengan ayah dan mak ina...


Serba ringkas tentang sahabat saya ini, merupakan kenalan semasa di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang tahun 2002/03. Dan kami terus bersama2 masuk ke Universiti Sains Malaysia dalam jurusan yang sama. Ina ni orangnya kecil molek, peramah dan tabah. Di sebalik keceriaan ina tersimpan seribu satu masalah yang melanda diri dan keluarganya. Pelbagai masalah semua dikongsi bersama saya dengan linangan airmata disebalik ketawa. Sehingga lepas beliau berkahwin, masih lagi kami bercerita. 
Bercerita tentang ina, hanya satu ayat melintas dikepala...


Tidak kami beri kamu beban lebih dr kemampuan yang kamu miliki"


Sungguh. Kerana jika bebanan itu, saya yang menggalasnya, maka tiada kepastian tentang ketabahan seperti ina...Dan jika saya yang menanggungnya, mungkin tiada senyuman ketawa...


Tetapi tidak ina...


Maka, pagi tadi saya telefon ina untuk bertanya khabar, berkongsi rasa...


Dalam yang nada kedua2nya sendu tapi menahan rasa kami bercerita..


Ayah ina ni, sakitnya tak lama....dalam seminggu saja semuanya terjadi...di bulan yang mulia pula...


Mulanya, ayah ina keracunan makanan. Termasuk dengan semua kawan2nya yang makan sekali pun kena. Tapi yang lain2 tu mengalami muntah2 dan cirit birit kecuali ayah ina. Entah mengapa, kuman2 itu tidak mahu keluar..sebaliknya pergi ke pankreas. 


Bila doktor kenalpasti kuman di pankreas, maka ayahnya diberi antibiotik. Tapi kuman tu lebih pantas, sudah sampai ke paru2. Bila ginjal dah tak boleh support, maka dialisis dijalankan. Masa ni ayahnya dah di ICU. Walau dalam keadaan lemah sebegitu, ayahnya masih boleh bersembang, malah bermaafan dengan sanak sedara seolah2 sudah menduga ajalnya kan tiba. 


Rabu dan khamis, disebabkan ayahnya on ventilator, maka sedatif diberi dan beliau tidak sedarkan diri. 


Pagi2 jumaat, tika sanak sedara dan keluarga dikelilingnya, beliau disahkan meninggal. Mungkin pemergian arwah adalah lebih awal dari itu, tetapi kerana arwah dipasangkan ventilator, maka dadanya masih berombak lemah...


Kebetulan abah mertua ina adalah orang yang menguruskan jenazah, ditambah pula hari itu adalah jumaat, keseluruhan urusan jenazah berjalan dengan sangat lancar. Seolah2 dipermudahkan. Dan yang lebih istimewanya lagi, jemaah yang solat jenazah adalah keseluruhan jemaah solat jumaat!


Kata ina, wajah arwah semasa perginya dia, bukan tersenyum, tetapi tertawa. Seolah2 redha menyambut panggilan Ilahi di hari dan di bulan yang mulia...Sesungguhnya rezeki insan berbeza2...
dari kanan : saya, ina, maya, ayu.


Sekianlah....selamat berpuasa....Al fatihah untuk arwah...

p/s : Ina bakal menimang cahayamata pertama, insyaAllah pada 19 Sept 2011
       Ina juga telah berjaya melepasi ranjau pengajian peringkat sarjana dengan pointer 3.68 (ya beliau    
       memang bijaksana...)

No comments: