Assalammualaikum
Cerita amir demam ni ada ummi selitkan sikit kat sini..Ini merupakan kali kedua amir demam...
Pertama sekali amir demam masa dia berumur tiga bulan kalau tak silap (bulan April 2011)...lepas cucuk dia tak demam, tapi seminggu lepas tu...dia mulakan dengan menangis tahap dewa pada malam ahad itu. Menangis yang sampai ummi pun rasa nak menangis sama dan rasa dah tak tau nak wat apa...lepas tu ada dia tidur, tapi dalam tidur pun dia macam tersentap2...pastu sambung menangis...
Dalam pukul sepuluh, ummi dan ayah keluar bawak amir ingat nak ke hospital. Nasibla ummi dah kemas beg amir siap2 masa maghrib tu...Masuk dalam kereta, amir macam bertenang sikit dan tidur. Tapi masih ada yang tersentap2 tu. Jadi bila sampai di AzZahrah, kitorang pusing2 jela fikir2 nak singgah ke tak...Elok nak keluar je dari kawasan hospital tu, amir tiba2 sambung menangis..argh pusing balik dan pergi ke klinik pakar annur tu. Malangnya dia dah tak terima pesakit sebab dah nak tutup. Bergegas pula ke Azzahra...
Daftar tu pun kelam kabut ja, ayah pergi parking kereta. Ummi bagi detail2 penting ja. (Takkan tengah anak nangis macamtu boleh pulak nak isi alamat la, bla2 suma kan?) Nasib pekerja kaunter tu paham. Pastu sementara tunggu giliran berperang la dengan sikecik ni. Masalahnya mata dia pejam tau...tapi nangis dia Allah ja yang tahu...Macam ada benda yang sakit sangat...Mata ummi memang dok bergenang ja masa tu...Rasa helpless....
Nurse2 kesian suruh pergi belakang dulu ada doktor biasa cek..Doktor tu bagi painkiller (paracetamol). dan Ubat kembung. Tapi yelah kan, amir tengah macam tu, apa pun tak masuk mulut dia...bertahan la ummi dan ayah ni sampai datang dr pakar tu.
Dr meniarapkan amir, tepuk2...masa tu dia macam cool down sikit ( ke dah penat nangis)...dr cek perut dia..tekan2...dr kata dalam kes yang extreme, adalah usus terbelit atau problem usus. Tapi kes2 macam tu najis bayi akan bercampur darah dan menangisnya adalah tak boleh ditenteramkan langsung. Ummi sangat bersyukur masa tu sebab kedua2 tanda tu takde. Tapi dr tu still bagi surat refer ke gomen kerana peralatan kat situ tak cukup canggih...
Jadi kes amir ini dikategorikan sebagai colic. Colic ni boleh menyerang kerana ketidakmatangan usus, dan berlarutan dari usia 1 atau 2 bulan sehingga 4 bulan bila ususnya matang...
Lepas tu kitorang balik lah, nak buat apa lagi kat situ..walaupun nangis amir masih meninggi lagi..Pusing dalam kereta, balik rumah pasang rukyah...memang ada je nurse kat azzahrah tu kata amir ni terkenan? ke macam ape ntah istilah tu..macam kena sampuk gitu...Mungkin jugakkan? Mana kita tahu..orang tua semua jauh2...tawakkal dan doa je...ayat kursi tak lepas....
Dalam kol 1 ke 2 pagi, baru nampak amir bertenang sikit..kesian anak ummi ni. Penat sangat menangis agaknya....Tapi ummi masih monitor amir...
Dalam kol 4 pagi tu tiba2 saja badan amir panas...panas sangat tau...apa lagi kejut ayah terus rush pergi serdang pulak...Alhamdulillah sangat orang tak berapa ramai....Dan agak peliknya adalah, walaupun kali ni amir panas badannya, takde pulak dia menangis macam awal malam tadinya...Pelik jugak fikir...masa jumpa nurse kat emergency tu, dia siap boleh senyum2 hensem pulak...(aipp)....
Nurse situ terus bagi ubat punggung tu untuk reduce panas..masa cek tu demam dia nak dekat 39 celcius la jugak...tapi semua prosedur tu dilalui amir dengan tenang, menangis sikit2 je....
Note : kita sambung part 2 ok...(aiceh macam best pulak nak berpart 1 part 2 ni kan? hehe)
No comments:
Post a Comment