Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Monday, 18 July 2011

Risau di hati ini...

Assalammualaikum...

Tika ini, ummi masih tak dapat balik sebab:-
1. takde transport nak balik.
2. Kalau ummi balik pun ummi takde kunci rumah.
3. Takkan ummi nak melepek kat rumah penjaga pulakkan, amir takpe la baby lagi.

Tapi memang tak best. Maafkan ummi yer amir. Ummi harap tak lama lagi ummi dapat balik KID (nama kancil ummi) ummi tu.

Jadi ummi nak ceritakanlah resah gelisah di dada ini.

Amir ni mewarisi hidung mancung ummi. Jadi bersama2 itu amir juga mewarisi hidung sensitif. Senang selsema. Tapi selsema amir ni jenis pekat, tak keluar meleleh2. Itulah rasanya masalah nya.

Kedua2 demam amir akan diikuti dengan telinga bernanah. Yep, ini penyakit yang serius sebenarnya. Oleh itu kami ke klinik pakar kanak2 seri kembangan.

Menurut kata doktor itu, bukannya telinga bernanah sebab demam, tetapi demam itu adalah kerana jangkitan telinga tersebut. Jangkitan ini pula disebabkan hingus yang terkumpul di kawasan tengah. Maka terjadilah nanah yang mengalir keluar melalui gegendang telinga. Kata doktor, walaupun masa ni gegendangnya ada sikit lubang disebabkan nanah/jangkitan tadi, tapi ianya akan bercantum semula. Cerita yang sama apabila ummi meng'google' penyakit ini.

Kali pertama amir (masa tu 2 bulan lebih) diberi banyak ubat. Sterimar (seawater) untuk bersihkan hidung amir. Sembur dan sedut. Perkara paling amir tak suka dan paling ummi kena tahan hati perasaan tengok amir menangis sampai tak bunyi. Ayah yang buat, ummi assist saja. Thank you abg.

Then dapat ubat titis hidung, ubat selsema dan batuk, dan juga Augmentin (antibiotik) - simpan dalam peti ais, bagi selama 5 hari sahaja. (Ubat pun amir tak suka makan. Ayah pegang, ummi bagi).

Beberapa hari lepas antibiotik alhamdulillah baik.

Kali kedua amir (masa enam bulan) pun keluar nanah lepas demam. Pergi doktor yang sama dengan diagnosis yang sama. Memang disebabkan hingus dia yang terkumpul tu. Ubat antibiotik yang sama (Augmentin), bersama ubat selsema dan batuk. Cerita yang sama dan alhamdulillah amir sihat kembali.

Pergi check up amir pada hari khamis lepas (14Julai2011).
Amir di klinik

Sembuhkanlah Amir ya Allah...

Hari Ahad (17Julai2011), ummi tengok telinga kiri amir kembali bernanah. Gusar hati ini Allah ja yang tahu. Tapi kejadian ini serentak juga dengan tahunya ummi yang amir dah tumbuh gigi bawah sebatang. Malam semalam ummi ayah kena siapkan tender yang deadline hari ini. Buaian untuk penjaga pun tak sempat beli lagi.

Hari ini, ayah kena layan prinsipal dari taiwan, hingga lewat malam. Mokde ada dating ngan boipren dia dan balik lambat jugak. Ummi masih tak pasti pukul berapa dan macam mana untuk balik. Apatah lagi untuk membawa amir ke klinik, mahupun pergi membeli buaian. Jika ayah berjaya pas kunci rumah (yang ummi takde) dekat bos, ummi bertekad minta tolong bos hantar balik. Kesian sangat kat amir. Maafkan ummi amir...

Oo Bacteria...please go away....

Ya Allah, permudahkan lah urusan kami. Lembutkanlah hati2 orang yang berurusan dengan kami. Ameen..

No comments: