Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Friday, 1 July 2011

My Amir is officially 6month today!~

Assalammualaikum...

Bak kata Yong, entry yang wajib setiap bulan.....Untuk first year ni memang kaum2 ummi 'semangat' ni akan meraikan ulangbulan....bila dah masuk toddler yakni setahun...barulah kita2 sambut ulangtahun...kot...hehe...

Jadi hari ini amir telah pun graduate exclusive BF selama enam bulan...pelbagai rintangan dan halangan telah pun beliau dan ummi beliau tempuh selama perjalanannya untuk graduate pada hari ini. Antaranya seperti nipple crack, risaukan stok susu, cabaran persekitaran dan keluarga, kepenatan dan kegagahan juga memerah, membawa beg oksigen aka beg pump ke mana2..aik asal semua kena potong ni? heehe...cabaran amir yang ummi hargai adalah alhamdulillah tiada masalah besar untuk minum susu ummi yang beku dan dipanaskan itu didalam botol susu....terima kasih anakku kerana bersama ummi merealisasikan cita2 pertama ummi sebaik sahaja ummi disahkan mengandung...

Jadi bermulalah bulan Julai sebagai bulan memperkenalkan makanan pertama amir....walaupun ummi masih belum prepare apa2. Ini kerana amir adalah seperti biasa tanpa menunjukkan sebarang tanda2 tak puas hati ataupun tak cukup dengan susu ummi. Sumber2 pengalaman yang lain pun menunjukkan rasa kagum kerana amir mampu membesar bagaikan juara dengan hanya meminum susu ummi. Jadi pemberian makanan tidak berapa ditekankan di situ. Ummi bercadang untuk memberikan buah2an sebagai supplement utama kepada amir buat masa ini. Semoga Allah terus mengalirkan susu ini untuk amir sehingga dua tahun umurnya..ameenn

Hari ini hari jumaat. Maman emi dari canada akan balik petang ni, maman amin pun akan turun ke rumah, maman awie pun akan datang dari tangkak, tok mak dah sedia ada di rumah...It's going to be a busy weekend. Wonder when and how i could prepare something nice for you. (aik cane tetiba leh convert bahasa nih...). Nak pergi jusco beli buah pun ummi tengah fikir2 bilakah  masanya. Mungkin esok atau ahad lepas semua dah berangkat pulang ke tangkak....

Apa pun yang penting misi ummi weekend ni adalah untuk restock susu...di sebabkan travel 2 hari telah menjejaskan proses restock dengan jayanya....(aduhai dah ramai2 ni kena restock dalam bilik dendiam sensorang la...huuu....tak best...tapi takpelah amir punya pasal...)

Untuk next entry ummi nak cerita pasal journey kita dua hari itu...Tapi esok dah sabtu..maka mungkin isnin...lepas tu ummi akan melalui hari2 yang sungguh sebok dengan deadline tender...dan tender-yang-susah-giler-nak-buat itu....

Tahniah anakku!!~ No words in the world could portray nicely the shape of love that i had for you my son....

note :
# nak letak pengalaman ni untuk panduan...tengok2 balik patutlah..masa bestfren ummi tu tengah bersemangat menempuh alam memberi makan, ummi sedang bertarung dengan amir di medan pantang..kekek...
# tiada gambar lagi kerana belum sempat mensnap gambar amir hari ini...nanti ummi tangkap banyak2 yer...

No comments: