Ini adalah sambungan cerita ni...
Lepas diberi ubat punggung tu, demam pun surut sikit...tunggu giliran doktor check (tak lama sangat sebab tak berapa ramai orang), doktor tu kata takde apa2. Boleh balik. Ummi boleh dapat mc ke jaga anak? Tak boleh. Ok. (huhu sedih sebenarnya).
Lepas tu ayah pergi solat kat masjid besi putrajaya tu, jalan2 dulu..baru balik. Sampai rumah pun baru pukul 7 lebih. Pagi tu ummi tunggu amir kat rumah penjaga sampai waktu lunch. Lepas lunch baru masuk opis.
Rentetan demam amir ni rupanya permulaan kepada satu lagi masalah, iaitu jangkitan di telinga (bernanah). Ini nanti ummi cerita entry lain.
Amir ni stail kalau selsema, hingusnya tak meleleh. Ini pun satu hal yang merisaukan jugak.
Tapi inilah kesimpulan demam pertama amir.
#Demam kedua amir.
Kali ini alhamdulillah amir tak la meraung menangis macam masa pertama dulu. Dah besar sikit kot. Masa kena demam ini adalah betul masa amir masuk enam bulan. Ngam2 enam bulan, 1 julai 2011. Cuba tengok ni.
| Ni dia muka orang sakit.... |
| Kesian anak ummi ni... |
Ha itulah dia muka orang sakit. Tak bermaya ja. Padahal kalau sihat tu, aktifnya kus semangat (padahal tak berjalan atau merangkak lagi tu..).
Dua tiga hari ummi bagi panadol, nampak dah ok alhamdulillah.
Kemudian telinga dia keluar lagi nanah..macam masa first demam aritu...
Risau ummi...Jomlah ummi nak ceritakan kerisauan yang bertandang di hati ini.....
Da~
No comments:
Post a Comment