Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Friday, 20 January 2012

Ajal Maut..

Bismillahirrahmanirahim...




Sempena Jumaat mulia ini, ummi terasa nak mencoret sedikit tentang mati..


Seringkali terbaca dalam paper/internet pelbagai kisah kematian.


Pelbagai tragedi. Kesedihan yang ditanggung ahli keluarga yang tinggal.


Sentiasa mengingatkan hati untuk tidak terlalu patah kiranya ada berlaku kematian dikalangan orang-orang tersayang. Kerana itu janji Allah. Kita hambaNya. Tidak layak mempersoalkan apatah lagi membantah.


Tapi bagaimana pula jika maut itu melanda diri?


Teringat ceramah Ustaz Hasrizal tentang saat kewafatan Rasulullah S.A.W.


Rasulullah sendiri pun berkata, 'sakitnya mati...'.


Itu Rasulullah, yang menerima selembut-lembut cabutan nyawa. Kita??


Pada kematian itu ada kesakitan yang memabukkan. Ya. Sedangkan sakit semasa melahirkan pun sudah cukup memabukkan. Apatah lagi kematian.



Tidak kiralah jika kita nampak kematian itu sekelip mata. Seperti dipancung.
Hakikatnya, setiap yang bernyawa, kesakitan ketika mati adalah pasti.



Bekalan umpama pasir berterbangan...Ok lagi.


Dosa-dosa menggunung tinggi. Macam mana?


Kerana setahu ummi, kita takkan masuk syurga dengan bekalan kita. 
Kita HANYA akan masuk dengan RAHMATNYA.


Tapi kita pasti akan masuk neraka dengan dosa kita.


Mari kita..sentiasa beristighfar...sentiasa kira dosa-dosa kita...


Supaya kita beringat..supaya kita berjaga..supaya kita takut...untuk melakukan dosa...


Mari kita...sentiasa berdoa dikurniakan RahmatNya...Belas kasihNya..untuk kita..hamba hina...


Ameenn ya Allah...

No comments: