Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Friday, 13 January 2012

Amir, muka comel macam mana??

Assalammualaikum

Berikut merupakan muka amir jika soalan di atas ditanya. Hehe..



Amir macam tahu bahawa muka ini akan menggembirakan orang, akan membuatkan orang cium dan usap kepala..

Kadang-kadang, waktu tengah menenen pun, kita tatap wajah dia dengan kasih sayang..Dengan automatik dia akan buat mata kejip begini (walaupun mulut tersumbat). Hehe..


Perkembangan Amir di ambang usia setahun :-

1. Pergi ke klinik untuk suntikan demam campak. Berat amir dah mencecah 12kg. Berikut merupakan perbualan (secara ringkas) antara ummi dan nurse:-

Nurse : hmm ni berat dah 12.2kg ni. Dah lebih graf pun ni. Bahaya ni...bukan apa, sekarang ni banyak budak-budak baru 3-4 tahun dah diabetes, obesiti. Dari kecil dah dibiasakan makan banyak, jadi secara anatominya perut dia jadi 'besar' dan sentiasa nak makan. Bukan salah budak tu pun bila dia asyik lapar..Kesian..

Ummi : tapi nurse, amir ni dia minum susu badan je..makan pun sikit..

Nurse : yelah..susu campur kan tu yang semangat tu..

Ummi : taklah nurse..dia hanya minum susu badan je...makan pun sekali sehari je saya bagi kat pengasuh tu..

nurse : eh yeke? (terkejut). Hmm nak buat macam mana yer..susu badan memanglah yang terbaik...Takpelah macam ni kita tengoklah setahun tiga bulan nanti. 

Ummi : ok jugak. Sebab amir pun tak boleh jalan lagi..

Nurse : yelah badan semangat..(eh eh kata anak kita pulak..hahaha)

Ummi : ok lah camtu..

Jadi tunggu bulan empat ni untuk temujanji seterusnya.  (Harap-harap masa tu amir hamzah dah berjalan dan turun sikit berat badan dia).

2. Amir dah boleh berdiri..cangkung terus berdiri pun dah boleh..bertatih dengan sebelah tangan pegang je pun dah boleh...InsyaAllah tak lama lagi bertapak la tu..

3. Amir sensitif orangnya..Bila suara kita tinggi saja dia akan terdiam, dia tengok kita sungguh-sungguh nak pastikan kita marah ke tidak. Kalau kita sambung dengan 'hepp' atau 'babab', makanya dia akan menangis dengan sedihnya. Antara sebab-sebab dimarahi :- gigit nenen, baling2 barang termasuk makanan, dan menjerit. huhu..

4. Amir suka sangat tengok video cintai Allah cintai Islam, dan rangkaian nursery rhyme. 

5. Dah pandai bertalifon.

6. Pandai masukkan barang ke dalam bekasnya.

7. Pandai tunjuk gigi, nenen, tunjuk kipas/lampu, tunjuk bird sambil cakap "ba..ba..." bila nampak bird.

8. Suka kena cium dengan ummi! ni ummi paling seronok ni...hehe...

Lapan jelah ummi cerita dulu....

Hingga berjumpa lagi...^__^

6 comments:

Unknown said...

salam....

comelnya amir...! anak saya dah 18 bulan tapi baru 11kg..kuat minum susu (susu tepung), dan kuat makan. tapi berat badan 1o-11kg since umur setahun. naik risau lakk..hmmm walaupun anak saya kurus, tapi jalan lambat jugak. tak silap dia berjalan masa umur 13 bulan kot..

humble.yat said...

salam...

wah geramnya tengok amir wat muka cute macam tu...:-)

dah besar nanti turun sikit la kot .sebab dah pandai berjalan ke sana ke mari, nanti mesti ada drama kejar mengejar ngan amir plak bila dia dah pandai berlari..hehe :-)

All about a journal said...

Tapikan mungkin tengok genetik sama...
saya dan suami baka besar-besar. so tak hairan amir ni pun semangat. eheh...

Tula setiap baby ada perkembangan dia sendiri kan..yang penting sihat..

sy doakan anak2 kita sentiasa sihat yer...ameen...

Anonymous said...

Sampaikanlah pesanan agung dari junjungan kita kepada generasi kita yg mana... Innal Islamu a'la wa la yu'la 'alaih... ^^

Antara pesanan yang masyhur yang terdapat di dalam al-Qur'an untuk anak2 dirakam pada Surah Luqman, ayat 13...

Juga seperti mana kebimbangan Nabi Ibrahim a.s yg berdoa kepada Allah SWT sungguhpun beliau seorang Nabi dan Rasul, memohon perlindungan bagi dirinya dan anak-anaknya; sepertimana yg dirakam pada Surah Ibrahim, ayat 35...

Sekadar renungan untuk dikongsikan bersama agar saya tidak terlupa...

Jazakallahu khairu lakum |^_^|

All about a journal said...

salam...

haha...

Dialog sebelum berjalan..
"amir cepat2 jalan nak...tatih tatih..kiri kanan kiri"

Dialog selepas berjalan..
"amir, cuba bawak2 duduk......"

Hahaha....

All about a journal said...

InsyaAllah...sama2 kita terapkan roh Islamiyyah dalam jiwa anak2 kita..