| Hijau warna kehidupan - sumber: camera ummi |
Hari ini ummi rasa stress level agak tinggi (wah dah takde mukaddimah ni).
Hari isnin.
Masalah duit untuk beli barang..
Nak beli barang dengan e-bay, tak pernah ada pengalaman.
Kena pakai paypal. Pun takde pengalaman.
Pakai kad kredit ada limit ada code dsb.
Pakai debit card. Dua kali transfer satu tak lepas. Tak masuk paypal, tak refund. RM 4,000.00
Ebay account suspended, dan kena banned. Double account detected, ebay email ummi atas rules violation.
Pening.
Masalah silap dapat barang.
Order barang lain, barang lain yang sampai.
Email untuk confirm status boleh tukar ke tidak
Due delivery dah lepas, kena buat surat extension.
Ini adalah 2 masalah besar untuk masa ini. Pelbagai lagi kerja lain yang turut membebankan tapi dianggap minor lagi buat masa ini.
Perkara-perkara ini membuatkan ummi rasa macam nak kerja lain. Atau berhenti kerja.
Tak perlu berurusan dengan orang-orang kerajaan, orang-orang swasta, orang-orang luar negara yang kadang-kadang tak paham bahasa, dengan bos kecik bos besar, dengan rakan-rakan sekerja yang hanya ber'title' rakan hanya kerana kerja....
Tak perlu risaukan DEADline, risaukan masalah yang timbul sebab kesilapan kita, masalah kena take all the blame, masalah bila bukak email ada tajuk FYI, kena meeting, kena follow up, kena telefon-telefon.
Risau silap kira margin, silap letak harga, silap typing. Kena meet expectation.
Paling memenatkan jika ada tender deadline, bahan-bahan dapat lambat, terpaksa berkampung di opis, angkut bantal tilam, anak suami, dsb. Tak tidur malam tak tidur siang.
Risaukan stok susu.
Risau apa khabar anak di rumah penjaga.
Jika duduk rumah :-
Duduk rumah tengok muka amir yang comel. Main dengan anak-anak.
Baca Quran, baca majalah solusi, baca buku-buku agama.
Ajar anak-anak ABC, alif ba ta, 123.
Mentelaah balik ilmu-ilmu fizik dan anatomi.
Kemas rumah, vakum, mop lantai pelan-pelan.
Basuh baju, sidai kat luar bagi kena matahari.
Basuh tandas, sental lantai bilik air, siram-siram clorox.
Cari baju-baju yang koyak, jahit.
Beli kain, buat tudung.
Seterika semua baju-baju.
Basuh kipas bagi mengerlit dan pusing laju.
Kemas balik almari-almari bilik, almari dapur...
Hias rumah..
Carik banyak-banyak resipi, try semua.
Buat kek marble, cupcake sedap, kek coklat.
Try tanam daun pandan ke daun kari kot-kot hidup.
Dirumah, penat fizikal, ubatnya rehat tapi bahagia.
Di opis, penat mental & fizikal, penyelesaian masalah belum pasti, tidur belum pasti, ubatnya pun tidak tentu.
Niat ummi, tolong ayah ringankan beban keluarga. Untuk mampu hidup sederhana di tempat yang barang2nya mahal (thanks to goverment). Walaupun gaji masih bawah 2k (which is considered 'poor' in this area), tapi banyak menampung perbelanjaan rumah.
Hmm mungkin ummi tulis berdasarkan EQ, sedikit IQ digunakan.
Mungkin pengalaman hidup masih cetek, ilmu sangat kurang.
Kena muhasabah balik diri. Hati tak bersihkah? Amalan tak cukup kah? Kurang zikir? Kurang baca Quran kah? Kurang menjaga Allah? suami? anak?......
6 comments:
Jom berzikir sama2, Rabbi yassir wa la tu'assir...
Tu lah kan orang cakap zmn skg ni majority fikir zmn wanita dh kluar bkerja tak dok umah. sbb harga brg tinggi etc. tp bila pk2 blik zmn pnuh cabaran ni isteri dok rumah jg anak n suami, balance jgk ekosystem kan....
May Allah ease ur burden
xiet...terima kasih..
Kalau nak dok rumah, kena fikirkan jugak cara nak tambah ekonomi.
Tapi tula..
nak kata pandai baking, tak.
pandai jahit, tak.
pandai gubahan, tak.
berniaga? tak..
hehe...camner nih..
salam..lama betul saya tak dtg sini, dan lama betul saya tak tulis entri kat blog sendiri sebab kerja yang bertimbun2...kdg2 tak sempat nak lunch..huhu...
saya pun ikut hati mmg nak duduk rumah wat business tapi tak de talent hehe...
ada idea nanti kita share yerk..
semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita..dan istiqamah dalam bermujahadah..:-)
siapa kata mujahdah itu senang kan?:-)
Wamayyattaqillaha yaj'al lahu makhraja....ila akhir ayat~
bermaksud; Barangsiapa yag bertaqwa dengan Allah (sebenar2 taqwa), akan diberikan jalan keluar (dari kesusahan).... hingga penghabisan ayat~
siapa kata mujahadah itu senang...
ummi suka ayat tu...
terima kasih ingatkan...
Sungguh tinggi maksud taqwa untuk dijiwai..
tapi sentiasa berusaha..dan sentiasa baca insyaAllah..
Semoga dipermudahkan urusan...Ameen...
Post a Comment