Assalammualaikum
Ok. Ini bukan entry mengajar tentang pengurusan masa.
Ini adalah entry peringatan untuk diri sendiri.
Mula-mula jadi ummi..rasa macam tak menang tangan pun ada..
Tambah pula apabila pilihan sendiri untuk menyusubadankan amir.
Ini jadual hari-hari biasa...
Tiap-tiap hari kena basuh botol susu, botol storage...Rendam dalam air sabun..bilas..sterile..dua tiga trip...
Kena pastikan bubur dia buat (walaupun kadang-kadang skip), steam carrot dan ikan bilis dan sayur2..dah masak keduanya, blender pulak. Adalah beberapa kali je bubur jadi arang sebab bila tenggek tu lepas tu susukan amir dan tertidur keduanya.
Kemas beg dia pastikan semua lengkap untuk esok (Beberapa kali juga terlupa itu ini)..
Tengok beg pam sendiri pulak, cukup ke ais pack..(Beberapa kali juga terlupa simpan icepack..nasibla kat opis ada peti ais)..
Basuh baju ummi ayah dan amir..(beberapa kali juga tak sempat sidai baju..sehingga terpaksa basuh sekali/dua kali lagi)..
Semua ini adalah untuk waktu malam yang singkat. Kadang-kadang balik rumah pun bukan boleh sampai tepat pukul 6. Selalunya nak dekat-dekat pukul 7. Itu pun sebab dah kena sound dengan penjaga amir, paksakan diri juga untuk tidak langgar pukul 7 malam itu.
7 malam...amir tidur pukul 9 malam..2 jam? Ummi pun tidur pukul 9malam?
Ya, saya memang ada penyakit tidur. Dari zaman sekolah lagi. Pernah sekali, saya tertidur dengan baju sekolah sampai pagi (ye, memang teruk saya mengaku). Membawa ke zaman matrik, universiti dan sampailah sekarang. Di universiti, pernah saya tidur terus hampir dua hari selepas tak tidur malam siapkan kerja (waktu bendera merah). Ada juga pernah saya berdoa dikurniakan penyakit insomnia (tapi lepas tu minta ampun balik dengan Allah, ada pulak mintak bagi penyakit, kan?). Sebab kritikal sangat rasanya tidur saya.
Jadi selalunya tidur saya terlajak hingga pagi. Itulah rasanya kelemahan diri paling kritikal. Ibu lain susukan juga anak, tapi mampu bangun pukul 1/2 pagi siapkan kerja. Tapi tidak saya. Tetap sama, walaupun bercawan nescafe di minum..
Ini belum cerita lagi bab kalau ada deadline yang perlu disiapkan. Kerja pagi sampai ke malam dan hanya balik pagi berikutnya. Balik rumah rasa macam nak menangis tengok rumah sendiri.
Kemas rumah, sapu, mop? Itu tunggu hujung minggu.
Kalau hujung minggu penuh aktiviti balik kampung, pergi mana-mana, macam mana?
Erm........................................
Rasa macam banyak sangat masa untuk uruskan amir..sehingga en suami rasa terpinggir. Masak kadang-kadang. Kadangkala en suami hanya bersyukur dengan seteko teh buatan isteri, yang lain dari beg plastik buatan kedai.
Anak kedua? Masih samar-samar bayangan pengurusan rumah jika bertambah ahli.
Ya..masih banyak yang perlu diperbetulkan..masih banyak perlu dipelajari..masih banyak kelemahan diri..
Sentiasa kagum dengan 'superwoman' lain yang sempat uruskan kesemua kerja rumah walhal masa adalah sama, dan anak-anak lebih ramai.
Sentiasa bersyukur dengan encik suami yang sentiasa mencintai diri walaupun sering terasa hati...
Masih mencari kekuatan jiwa, masih membakar kemalasan diri, masih berjuang menolak tepi penat di hati...
Semoga tahun baru ini lebih bererti...
p/s : this is totally inspired by a gorgeous ummi. ^__^
5 comments:
One thing I treasure in motherhood world is, to have the opportunity to share the feelings with other moms. And that....Is enuf to make me feel release for the moment.
And reading this entry makes me feel that i'm an ordinary woman too.Yela, baca tu mcm tergelak kat diri sndr jugak. reflection. And we all (moms) are strong. Hehe...
p/s:Nampaknya kita ada mslh tidur yang opposite.haha
haha xiet..this entry is totally inspired by yours...lupa lak nak buh credit...
Bila baca xiet punya masalah tidur tu terkenang sendiri punya masalah..haha....yup totally opposite.
hehe time management saya pun fail,
mcm sya ,masih ada komitmen pd adik2 yg ramai dan mak,ikut hati penat jugak dan tak terurus,
pernah juga la sy tanya mak, mcm mn dia hilangkan letih dlm menguruskan rumah..
dia kata, kalu ikut hati memang letih, cuma tanggungjawab shj yg membuatkan kita jadi lebuh kuat...
wallahualam..:-)
yup..definitely have to be lebih kuat!...
Mujahadah mujahadah...
Tdur... tidur...zzzZZzzzZZzzz
..eh2... kene bagi komen dlu.. tertidur pula..maaf..hehe^^"
Saya juga bermasalah tidur..semoga org2 seperti kita ni diberi kekuatan lebih skit utk tahan tidur supay.....
...tidur..tidur...zZzzZZzZZzzZZzz..
kroohhh..Krrooohh...~.~
(no offense..got problem with sleep as well...please don't think u are alone..^^)
Post a Comment