Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Friday, 11 November 2011

11/11/11

Assalammualaikum

Cantik tarikh hari ini.. Orang kampug kata, once in a lifetime.

Yang ummi tahu ummi ada 2 orang kawan lahir tarikh ini...

Azwani dan Sofina

Azwani merupakan kawan sekolah ummi dari tingkatan satu sampai tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah. Lima tahun bersama-sama, banyak kenangan pahit manis diukir.
Selalu jugak ummi lepak rumah dia belajar sama-sama, pergi sekolah sama...yang ummi ingat, rumah wani ada bread maker masa itu. Canggih tau bagi ummi, zaman tu. Nak pergi sekolah mak wani akan buatkan roti, kepitkan daging atau telur..sandwich la kan nama dia..Wah sedap sangatlah bagi ummi. Hehe...

Masa tu, fizikal kami lebih kurang sama. Tinggi, pakai spek mata. Selalu sangat-sangat kawan-kawan tersilap panggil.

Tu dulu...sekarang wani ni dah jadi PTD. Masa amir lahir aritu, auntie wani dan auntie farah ada datang tengok tau...

Sofina pula kawan ummi masa matrik setahun dan di USM 3 tahun. Hmm..banyak kenangan suka duka dengan ina ni..tak tercerita pulak rasanya....ummi ada cerita sikit kat sini dulu.

Sekianlah. Nantikan entry menarik pada 11/11/11 ini, yang akan keluar pada 11:11 nanti yer! (macam pengacara TV pulak)

No comments: