Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Tuesday, 1 November 2011

Amir @ 10 bulan

Assalammualaikum...

Celik mata pejam mata, hari ini amir telah mencapai 10 bulan. Lagi 2 bulan amir setahun..

Apa yang ummi boleh ceritakan tentang amir kali ini adalah :-

1. Gigi amir belah bawah telah bertambah! Sebelum ni kan ada 2 tunggul je...baru-baru ni dah nampak jiran kepada 2 tunggul itu menunjukkan dirinya. Sebab itulah sangat banyak air liur amir keluar dua tiga menjak ni.

2. Amir dah meniti tapi masih belum berani lepas tangan lagi.

3. Amir dah pandai geleng-geleng kepala sesuka hati.

4. Bab susu, alhamdulillah, masih lagi susu badan, masih lagi kuat menyusu, dan masih lagi kuat mengempeng.

5. Amir dah cam kalau ummi dan ayah bersiap nak keluar. Kalau amir dah dengan ayah kat luar pintu, ummi di dalam, maka itulah satu-satunya masa di mana amir taknak dekat ummi..hehe..

6. Kuat membebel dah. Amir dah sebut bunyi seperti, "Ma..Ba..Da...Ta..Te..Kkk..." Tiada lagi perkataan yang jelas, tapi bunyi-bunyi ini pun dah cukup menggembirakan ummi dan ayah..

7. Pandai buat muka comel..senyum..ketawa macam orang besar..

8. Amir suka buat bunyi-bunyi yang kelakar tau (macam bunyi kentut)!~ selalu buat kat tangan ummi/ayah..kat nenen, dan kat mana yang dirasakan dia boleh buat...

9. Kalau ummi dan ayah marah (tinggi suara sikit dan bunyi "hepppp"), maka amir akan berhenti menuju ke kawasan yang dilarang itu, renung muka kami, dan pergi balik kepada ummi/ayah..seolah-olah memujuk/memastikan kami tak marah. (itu sangat comel dan meruntun jiwa ummi occay)

10.Amir akan berenjut-enjut (macam goyang-goyang badan tu kan) bila dia gembira. Macam bila dapat food la selalunya.

Ok, cukup dululah sepuluh, sempena ulangbulan ke-10 ni.

Nanti-nanti ummi letak gambar.

Sayang sangat anak ummi ni, semoga Amir Hamzah membesar sihat dan sempurna...Ameennn~~

No comments: