Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Tuesday, 22 November 2011

Amir kena nebulizer

Assalammualaikum...

Kejadian ni berlaku Khamis (17 Nov 2011) lepas. 

Dari malam sebelumnya dengar amir batuk2, tapi ingat biasa ja. 

Pagi khamis tu rupanya dah start, nafas amir berbunyi (wheezing). Bergegas ummi dari USIM, Nilai, bawa amir ke hospital serdang dalam pukul 11.30 pagi sampai.

Dan Alhamdulillah untuk kes seperti ini (asthma type), bila kita sebut saja anak ni batuk dan wheezing, cepat tindakan dia.

Doktor datang check dada amir, dan dia arahkan masuk ke zon separa kritikal untuk ambil nebulizer.

Dalam keadaan terkulat2 ummi ayah sebab terkejut 'eh betul ke ni amir nak kena nebulizer', melangkah juga kami ke dalam.

Mula2 dipasangkan nebulizer tu, memang meraunglah amir hamzah taknak. Hinggakan MA tu kena ambil kain putih tebal tu untuk balut dia.

 Dah lama-lama tu...baru dia bertenang dan mahu bergelak ketawa. Barulah ummi ni boleh ambil gambar dia. 

Dan lepas doktor check, alhamdulillah dah ok, dan dapat salbutamol untuk ubat. 

Walaupun amir dikira sebagai penat, tapi yang syukurnya dia masih boleh bermain, lasak macam biasa. tak demam dan tak meragam. 


Jom tengok....


Nak jugak dia masukkan jari kan...meronta sampai nampak perut dia..hehe..


Tu kain putih yang balut dia sebelum tu..


Yer amir dah terer..budak kuat..dah senyum-senyum kat ummi...


Dan masa dalam kereta..sampai je rumah...Ini pula hasilnya..

-

-

-

-

-

Yer..tidur yang sungguh nyenyak...Penat kan? Kesian amir hamzah ni...

Ya Allah..sembuhkan dan sihatkanlah amir ya Allah...kasihanilah dia...

No comments: