Bila terpandang botol nescafe yang hampir kosong tadi, teringat pula nak mencoretkan sesuatu di sini.
Ya, saya memang kuat nescafe. Kenapa? Erm..saya pun tak pasti kenapa. Secawan ja sehari...
| Tapi tengokla saiz cawan kan..the he he... |
Mungkin sebab dari sekolah dulu, bila mama tanya nak minum apa untuk sarapan, saya pilih nescafe. Sebab, saya tak berapa gemar milo atau horlicks dsb (sekarang kenalah minum untuk pekatkan susu etc,
Dan berterusan hingga ke matrik, universiti dan tempat kerja.
Sehari bagaikan tak lengkap kalau tak minum nescafe.
Kalau rasa stress level tinggi, mesti kena buat nescafe.
Taste nescafe adalah tidak spesifik, saya suka nescafe, indocafe, kopi, white coffee, dan apa sahajalah yang ada caffein. (tapi hari tu ada nescafe yang decaf pun saya minum juga) hehe...
Kalau di office :-
- Cepat benarlah nescafe dan susu dalam peti ais itu habis. Teh tu saya tengok tak luak pulak. Silap-silap bos pun fikir, budak2 ni minum nescafe ke makan nescafe?
- Saya mestilah ada geng yang kuat nescafe jugak kan...ini dia...
- Untuk gelas besar saya tu, saya guna satu sudu besar dan lebih sikit nescafe..hehe...tapi secawan ja sehari..tahan sampai ke petang...
| Kenapa cawan-cawan lain nampak kecik??? |
Kalau di rumah kulim :-
- Abah saya bertitah :-
"hmm adik ni, dulu kata kat abah (yang juga peminum tegar nescafe), sekarang dia lagi teruk...kalau dia ada kat rumah tu, air nescafe abah yang boleh tahan sampai malam tu, petang/tengahari dah abis..kita minum sep sep..dia teguk terus..."
Hahahah..saya nak gelak. Comelkan abah? oh ya, adik itu merujuk pada saya, sebab jurang umur antara saya dan adik bawah saya adalah enam tahun. Sep pula adalah loghat utara bermaksud jimat.
Tapi, walaubagaimana tegar pun saya, semasa mengandungkan amir sembilan bulan, saya ber'pantang' tau nescafe ini, atas arahan suami tercinta.
Walaupun saya buat research sendiri bahawa secawan nescafe sehari adalah tidak mengapa untuk ibu mengandung, tapi saya akur kata suami.
Ini juga membuktikan yang ketagihan saya adalah tidak sama dengan ketagihan rokok.
Ini juga adalah sebab mengapa bila saya jumpa blog ni, saya terus follow.
Sekian....
2 comments:
ooo....saya juga akan minum secawan nescafe sehari.
sbb saya suka nescafe.
cuma kadang2 jarak2 kan..bila datangnya ketagihan nescafe
nescafe bagus untuk metabolisma badan, cuma awas, kalau pengambilan yg berlebihan
terima kasih sbb follow blog saya..
teruskan pembacaan untuk entri-entri akan datang.
salam ukhwah fillah
yer sama minat kita...
terima kasih...
salam ukhwah fillah kembali
Post a Comment