Ummi keluar hospital awal (tak puas pulak rasa). Pada 01 Jan 2011 belah petang ummi dah balik rumah kita.
Ummi nak coret corat sedikit lebih kurang dekat sini. Manalah tahu ada rezeki boleh amir baca blog ni.
Masih segar di ingatan pertama sekali amir cuba menghisap susu ummi. Di Hospital Azzahra kita masa tu. Ummi dan ayah berkali2 tekan kan dekat nurse2 situ yang kitorang pilih breastfeed. Jadi setelah amir dimandikan, nurse pun tolak amir dekat ummi. Kekok sangat ummi masa tu. Tapi bersemangat waja tau. Rasanya dengan izinNya amir merasalah susu pertama ummi yang ada kolostrum tu. Alhamdulillah.
Hari pertama tu juga ummi balik ke rumah. Masa mula2 tu, cuma belah kanan ummi saja yang amir hisap. Belah kiri ni susah betul amir nak hisap. Mungkin sebab ‘inverted nipple’. Malam2 amir menangis je. Malam pertama amir menangis sangat2 sampaikan ummi,ayah,tokma dan tokabah bawa amir semula ke azzahra esok paginya. Tapi doctor pun tak dapat kenalpasti kenapa.
Jadi kesannya dikhuatiri amir tak cukup susu. Tapi ummi kuatkan juga hati dan perasaan. Sumbat juga nenen ummi ni bila amir menangis. Kanan pun kanan je lah.
| Amir lepas mandi |
Rupanya amir ni memang ditakdirkan menangis malam-malam. Biasalah tu, baby..boy pulak tu. Ada orang kata anak lelaki ni masa bayi sukar sikit dijaga sebab nanti dah besar dia senang dan terbalik dengan anak perempuan. Allahua’alam kan.
Setiap malam, ummi akan mengadap jam itu. Menghitung jam demi jam, cepatlah pagi. Sebab amir punya nangis itu sukar dipastikan kenapa. Seminggu pertama ummi di rumah kita, ditemani tokma dan tok abah dan ayah. Kadangkala malam-malam bergilir ummi dan tok ma tidur. Tok ma pula memang tak boleh tidur pun kalau amir menangis. Masing-masing serba tak keruan.
| amir di waktu siang |
Kejap-kejap tukar pampers, kejap tokma dukung. Sekejap2 sangat amir tidur. BIla sekejap tu amir tidur tokma dukung jalan-jalan, beri ruang untuk ummi melelap mata. Bila nangis tu, kalau ummi apa lagi, tahu sumbat nenen saja.
Pada hari ketiga kalau tak salah ummi, ummi kena gastric. Sakit sangatlah perut ini. Keadaan masa tu macam sukar untuk digambarkan. Ummi dah rasa ‘helpless’ sangat..dengan nak sesuaikan diri dengan amir, dengan takutnya nak membuang air, belah kanan ni dah kena nipple crack, risaukan kesihatan tokma dan macam-macam lagi. Tiba-tiba sakit perut pula. Ummi tak pernah lagi kena gastric macam ni.
Jadi keluar lagilah kami ke klinik. Dapat segenggam ubat gastric, ubat angin, ubat sakit perut, dan juga krim untuk nipple crack. Kalau ikutkan ummi tak nak sangat makan ubat sebab amirkan tengah menyusu, tapi rupanya sakit perut di kala begitu memang tak tertahan rasanya.
| Balik dari klinik |
Krim nipple tu memang tak sempat pun ummi pakai. Jadi alternatifnya, pada waktu siang waktu mood amir agak OK, ummi berusaha juga bagi amir belah kiri. Sebabnya, sakit nipple crack itu, tak tertahan rasanya (tapi tahan jugak pun). Setiap sedutan amir, sakitnya seolah2 terus sampai ke otak.
Dalam tempoh seminggu itu, ummi cuba juga suakan amir belah kiri, dan Alhamdulillah rezeki Allah untuk amir, lepas itu nipple itu timbul. Boleh amir menghisap susu secara bergilir-gilir kiri dan kanan.
Masa ini ayah lah ‘runner’. Keluar beli makanan, apa yang tak cukup, di samping kena kerja, dan tidur malam yang tak lena.
Inilah cerita seminggu kita di rumah semasa awal kelahiran amir. Selepas itu, bermulalah pengalaman kita di rumah tok mak pula. Yer, ummi menghabiskan pantang di rumah tok mak dan tok pak..Kerana keadaan kesihatan tokma, dan situasi tokma yang berkerja membuatkan keputusan ini diambil. Alhamdulillah.
Ada rezeki ummi sambung lagi yer cerita pantang kita di rumah tokmak pula.
No comments:
Post a Comment