Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Wednesday, 9 November 2011

Story Moli

Assalammualaikum..

Ha dah baca entry petua petui sampai 3 tuh? hehe itu adalah testing scheduled post. Tengok time dia cantik je, 12:12 la, 3:11 la...Tapi seronok pulak macam tu. Barulah weekend pun boleh update, ye dak? Padahal yang realitinya, kalau weekend atau waktu selain opis tu, nak tengok tv pun tak sempat.

Hari raya korban aritu adalah cerita suka dan duka tersendiri.

Alhamdulillah, Amir dah selamat diakikahkan. Dapat jumpa semua keluarga tok saat di tangkak. Kali ni boleh kata semua orang balik...sejak pemergian arwah tok abah, jarang keluarga mama ni nak balik kumpul di kampung. Mama ada 12 adik beradik betul, 2 adik tiri. Banyakkan? Ye, memang berderet la sepupu sepapat. Bila tengok mereka membesar dengan pesatnya...terasa diri ini makin tua.

Alhamdulillah juga, dapat jumpa atuk, maksu dan maktah. Belah ayah, jumpa tok ayah, bibik icha, maman iwan.. Family ummi semua lengkaplah ada, kakzu, farah, umar, nana. Atuk dan tok ayah nampak makin uzur. Tapi sempat juga atuk turunkan ilmu-ilmu dia. Rasa sayang sangat kat atuk, dan tak dapat bayangkan kalau atuk tiada. Harap2 dapat luangkan masa sebanyak2nya dengan atuk.

Cerita duka adalah, kereta abah rosak di tengah jalan. Jadi terpaksa tinggalkan dulu di ipoh, kami amik abah mama dan lain2, dan tadi baru dapat mesej dari mama kata kereta baru siap. Jumlah bil adalah RM1,050.00.
Hmm...banyak tu. Berat je rasa hati ini. Nak tolong tak mampu.. Harap dan doa urusan ma abah dipermudahkan.

Ok, sekianlah.

No comments: