Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Friday, 11 November 2011

Belasungkawa Ustaz Kamarulzaman Abdullah


Assalammualaikum...


Entry khas untuk ustaz ummi masa di USM dulu...Ustaz Kamarulzaman Abdullah..Sedih sangat..Hanya mampu berdoa semoga beliau diangkat azab kubur dan diringankan hisab di akhirat kelak..dan semoga Allah jualah yang menjadi kekuatan untuk kak farah..dan anaknya...Ameen...


Pembantu khas Husam meninggal dunia
Harakahdaily  
KUALA KRAI, 11 Nov: Pembantu khas kepada Datuk Husam Musa, Kamarulzaman Abdullah(gambar, berdiri kiri) meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya terbabit kemalangan dekat Paloh di sini awal pagi ini.


Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, beliau bersama dua lagi rakannya menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, bertembung dengan sebuah kereta Produa Myvi di kilometer 40 jalan Kuala Krai-Gua Musang.


Mereka ketika itu dalam perjalanan pulang dari Kula Lumpur selepas menghadiri majlis penyerahan 'Amanat Tun Razak' kepada perdana menteri di parlimen berhubung tuntutan bayaran royalti Kelantan.


Akibat kemalangan itu, beliau yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazah Allahyarham kini dibawa ke Hospital Gua Musang.


Dua lagi rakannya Roslan Mohd Zain juga cedera di kepala dibawa ke Hospital Kula Kerai manakala Ridwan Elias hanya mengalami mengalami cedera ringan.


Pemandu dan penumpang Myvi juga cedera parah dan turut dibawa ke Hospital Kula Kerai untuk rawatan lanjut.


Solat jenazah allahyarham akan diadakan di rumah ayahnya di Batu 4 Wakaf Che Yeh selepas solat Jumaat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Panjang, Kampung Kota.


Allahyarham yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Kelantan, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.


Sementara itu, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa yang kini dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Kamarulzaman.


"Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...Al-Fatihah," katanya.


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kamarulzaman.





Kenangan-kenangan yang nak ummi simpan :-


Che Nad

Sahabat ketika di USM. Tinggi istiqomahnya dalam perjuangan Islam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.



Mohamad Shahrin Bin Tukiman


Berita sedih awal pagi ni. Sahabat semasa di kampus dulu, akhi Kamarulzaman Hj Abdullah kembali ke rahmatullah. Menjadi peringatan kepada kita semua ttg masa yg belum tiba (maut). Takziah kpd kpd keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan ditempat orang2 yg bertaqwa.


Lizamuslim Lizam
Salam,


Sama2 kita sedekah kan Al-fatihah utk saudara Kamarulzaman Abdullah(batch 2000 technology industri/presiden gamis01/amir kampus) pegawai khas dato' husam meninggal kerana terlibat dalam kemalangan di sempadan kuala krai-gua musang. 


Beliau baru balik dr parlimen slps mghadiri majlis pnyerahan amanat Tun Razak siang td..smoga arwah ditempatkan di golongan yg digolong kanan kn..amin


InsyaAllah, dengan ini Tabung Derma dilancarkan, bagi rakan dan sahabat handai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun 


Persatuan Alumni Mahasiswa Islam USM
No Akaun 557090307144


Bagi teman yg berkelapangan boleh menyertai rombongan ziarah bersama Presiden Shahrin Dan Saudara Sahanaz Tim Presiden.


Sent from my HTC



Siti Noor


Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, pada hari itulah diciptakan Nabi Adam, dan pada hari itu dia diturunkan ke bumi, pada hari itu pula diterima taubatnya, pada hari itu pula beliau diwafatkan, dan pada hari itu pula terjadi Kiamat. Pada hari itu ada saat yang kalau seorang muslim menemuinya kemudian solat dan memohon segala keperluannya kepada Allah, nescaya akan dikabulkan”. (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasai)...
Takziah buat keluarga kak Farah Matwi...Allahu akbar..mg roh arwah ustazKamarulzaman Hj Abdullah ditempatkan di kalangan para solihin...Sedih menerima pemergian arwah mengatasi sedihnya gagal permohonan pindah...


dan....yang paling penting...



Farah Matwi (isteri ustaz)

Bismillahirrahmanirrahim.Allahumma solli'ala sayyidina Muhammad..hr pertama buka fb 
sejak didatangi ujian itu.moga terus dikurniakan ketabahan yg tiada daya dan kekuatan 
melainkan drNya.di ruang yg terhad ini,sy ingin rakamkan setinggi2 ucapan terima kasih kpd
semua shbt,rakan dan taulan saya dan Allahyarham suami tercinta,di ats segala sokongan dan
dokongan emosi dan material kpd saya, anak dan keluarga arwah dalam menerima hakikat 
kehilangan ini.sbgm kalian mengangkat kesusahan dan kesedihan kami,mudah2an Allah akan 
mengangkat kesusahan dan kesedihan kalian di pdg mahsyar nanti..jazakumullah khairal 
jaza'.jika ada salah dan silap arwah spjg perkenalan beliau mohon dimaafkan.





BILA PULA MASA KITA?


No comments: