Assalammualaikum...
Sambutan tahun baru ini diraikan dengan membaca doa awal dan akhir tahun di dalam kereta.
Dalam perjalanan ke Hospital Serdang.
Ya, cuti kali ini tak banyak benda ummi boleh buat di rumah (walaupun sepatutnya berkemas)...
Amir tak berapa sihat kali ini. Kesinambungan daripada demam yang pasang surut sejak pagi jumaat lalu, batuk dan selsema juga turut menampakkan rupa.
Kasihan amir hamzah yang asyik terganggu tidurnya dua tiga hari ini.
Pada hari sabtu lalu, kami ke hospital sekali lagi. Tapi kali ini tiada nebulizer sebab cukup kandungan oksigen dalam badan amir. Doktor memeriksa amir dan memberikan ubat titis hidung dan vitamin. Ubat batuk dan selsema tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah setahun katanya.
Hari ahad duduk di rumah. Amir boleh tahan ragamnya. Makan tak lalu, nenen pun kurang.
Hari isnin, ragam amir makin bertambah. Kelam kabutlah ummi dan ayah menyelesaikan apa yang patut, masuk kereta, dan bergeraklah kami (walaupun tiada destinasi dalam kepala pada masa itu).
Sampailah kami ke masjid Putrajaya. Adalah dalam dua pusingan kami bawa amir pusing dalam stroller dia.
Alhamdulillah amir nampak ceria dan gembira.
Sampailah ke malam dia tidur dalam kereta. Masuk rumah jaga sebentar, dan tidur semula dalam pukul 12 tengah malam...
Dan hari ini ummi kerja. *sob sob*
Jom kita tengok apa yang ada...
No comments:
Post a Comment